Skip to main content

Viral

"Ia Privasi, Tapi Bukan Rahsia" - Anna Jobling Ulas Dakwaan Bercuti Berdua Ke Amerika Syarikat

anna_cuti

Sekilas

  • Anna Jobling menafikan dakwaan bercuti berdua dengan selebriti Indonesia di Los Angeles dan menjelaskan dia bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • Anna menegaskan percutiannya yang dikongsi di media sosial tetap mempunyai privasi dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuknya.
  • Anna dilantik semula sebagai duta jenama barangan kemas Tomei dan tampil dalam kempen Hari Raya 2026 dengan empat gaya berbeza.

Aktres jelita Anna Jobling menafikan dakwaan kononnya dia bercuti berdua bersama seorang jejaka yang juga selebriti terkenal dari Indonesia ketika berada di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut Anna, percutiannya ke kota metropolitan itu sebenarnya dilakukan bersama ramai individu termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.

“Saya bercuti dengan ramai orang dan pada masa sama ada keluarga serta kawan-kawan juga.

“Bukan saya pergi bercuti dengan seorang sahaja, tetapi ada ramai bersama saya. Bila sudah penat bekerja, saya fikir perlu ambil masa untuk berehat seketika dan nikmati masa itu,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran eksklusif Tomei Raya bersama Anna Jobling yang berlangsung di ibu pejabat Tomei di Jalan Klang Lama, pada Jumaat.

Aktres berdarah kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis itu menjelaskan bahawa walaupun dia berkongsi momen percutiannya secara terbuka di media sosial, perkara tersebut tetap berada dalam ruang privasi peribadi.

Dalam masa sama, Anna berharap orang ramai dan peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya juga ‘post’ (berkongsi) mengenai percutian itu dan bukan lagi rahsia. Bagaimanapun, ia tetap ada privasi. Ia privasi, tetapi bukan rahsia.

“Kalau ada sesuatu yang mahu dikongsikan, saya akan kongsi. Saya tak ada perasaan yang semua orang tak boleh tahu mengenai saya, sebab saya sendiri kongsi mengenai perkara.

“Saya minta doakan yang terbaik buat saya. Saya patut untuk merasa gembira dan begitu juga buat orang lain. Saya tahu siapa diri sendiri, selagi saya menjaga diri, ia tidak ada masalah,” katanya.

Mengulas reaksi warganet, Anna tidak menolak berdepan segelintir komen kurang menyenangkan, namun menegaskan hanya dirinya yang paling memahami apa yang terbaik buat diri sendiri.

“Semua komen yang diberikan baik-baik sahaja dan semuanya manis. Memang ada sahaja yang macam tak bersetuju, tapi saya tahu segala-galanya untuk saya.

“Saya fikir perlu untuk diri sendiri rasa gembira, asalkan saya tak kacau sesiapa. Jadi, bila orang yang rapat dengan saya memberi sokongan terhadap apa dilakukan dan buatkan saya gembira itu adalah perkara penting,” katanya.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengaitkan Anna dengan hubungan istimewa bersama seorang selebriti Indonesia susulan percutiannya ke Los Angeles bersama individu terbabit.

Dalam perkembangan lain, Anna sekali lagi dilantik sebagai duta jenama pengeluar barangan kemas Tomei.

Bagi kempen Hari Raya 2026 bertemakan ‘Pulang, The Joy I Carry Home’, Anna tampil mempersona dalam empat gaya berbeza yang melambangkan pelbagai suasana Aidilfitri menerusi koleksi terbaharu seperti Sri Puteri, Diamond Cut, Anastasia dan Tomei Diamond Collection.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must-Watch Video

Advertisement