Skip to main content

Hiburan

Ibarat Keluarga Kedua, Anita Baharom Teruja Kembali Ke Set 'Keluarga Iskandar'

Anita Baharom

Pelakon, Anita Baharom mengakui teruja apabila kembali ke set penggambaran drama popular Keluarga Iskandar untuk musim ketiga selepas kejayaan dua musim terdahulu.

Menurut Anita, penglibatannya dalam drama tersebut bukan sekadar sebuah lakonan, sebaliknya memberi pengalaman seolah-olah berada dalam sebuah keluarga sebenar.

“Alhamdulillah, sebenarnya saya memang sangat teruja nak berlakon dalam Keluarga Iskandar sebab bagi saya, ia bukan macam berlakon. Ia lebih kepada realiti sebuah keluarga,” katanya.

Tambah Anita, suasana di set penggambaran membuatkan dirinya berasa amat selesa sehingga menganggap barisan pelakon dan kru sebagai keluarga keduanya.

“Saya seronok sebab rasa macam berada dalam keluarga saya sendiri, keluarga nombor dua. Jadi memang ada perbezaan dengan drama-drama lain. Saya sangat teruja dan alhamdulillah, saya seronok sangat serta sangat rapat dengan keluarga Keluarga Iskandar ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai musim terbaharu, Anita percaya Keluarga Iskandar musim ketiga bakal tampil lebih menarik dengan pembaharuan yang segar dan perkembangan karakter yang lebih matang.

Menurutnya, penonton juga pasti dapat melihat perbezaan ketara dari segi usia dan kematangan watak-watak dalam drama tersebut berbanding musim pertama.

“Insya-Allah musim ini lebih menarik. Ada satu pembaharuan yang baik dan penonton boleh lihat perubahan kami daripada muda-muda, anak-anak yang kecil dahulu, sekarang dah makin besar. 

“Orang selalu tanya tentang Nia, Princess, Dardar, dulu macam ni, sekarang dah macam ni. Sampai kita sendiri rasa, eh tuanya kitaorang daripada dulu tengok,” tambahnya. 

Selepas lebih sedekad menyepi, akhirnya harapan para peminat tertunai apabila siri ikonik Keluarga Iskandar kini kembali dengan musim terbaharu, Keluarga Iskandar 3.

Keluarga Iskandar 3 akan mula bersiaran pada 6 Februari, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, dan turut boleh distrim menerusi aplikasi Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement