Sekilas
- Pelakon dan usahawan Adam Corrie berkongsi berita sedih mengenai pemergian ibunya melalui Instagram.
- Adam memohon maaf atas segala kesulitan dan menangguhkan urusan bagi memberi ruang kepada urusan pemergian ibunya.
- Rakan artis dan pengikut memberikan ucapan takziah dan doa, namun punca pemergian ibunya masih belum didedahkan.
Pelakon dan usahawan, Adam Corrie, berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibunya telah meninggal dunia.
Berita itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram, di mana Adam turut memuat naik foto dirinya bersama mendiang ibunya.
“Dengan hati yang berat, saya Adam Corrie memaklumkan bahawa ibu tercinta saya telah pergi buat selama-lamanya.
“Buat sementara waktu ini, segala urusan terpaksa saya tangguhkan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada urusan pemergian mendiang ibu saya.
“Saya mohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas segala doa dan sokongan semua,” tulisnya.
Perkongsian itu mengundang ucapan takziah dan doa daripada rakan artis serta para pengikut yang turut bersedih atas kehilangan tersebut.
Setakat ini, Adam belum berkongsi maklumat lanjut mengenai punca pemergian ibunya.
Semoga keluarga Adam Corrie terus diberi kekuatan menghadapi saat sukar ini.