Skip to main content

Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Jadi Buat Ayden, Doa Dapat Berjumpa Satu Hari Nanti - “Jika Tidak Di Dunia…”

Aliff Aziz

Sekilas

  • Siti Hafizah, ibu kepada Aliff Aziz, berkongsi ucapan ulang tahun kesembilan cucu sulungnya, Ayden Adrean, bersama gambar panggilan video tiga tahun lalu.
  • Gambar tersebut merupakan kenangan terakhir bersama Ayden yang disimpan dengan penuh kasih sayang oleh keluarga.
  • Hafizah mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Ayden serta berharap dapat bertemu semula dengannya suatu hari nanti.

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah menyorot perhatian apabila menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kesembilan cucu sulungnya, Ayden Adrean.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hafizah memuat naik gambar memaparkan Ayden yang sedang melakukan panggilan video bersama Aliff yang diambil sekitar tiga tahun lalu.

Ujarnya, gambar terdebut merupakan kenangan terakhir yang masih lagi disimpan sehingga ke hari ini.

“Masya-Allah, setahun lagi telah berlalu. Selamat hari lahir buat cucu kesayangan Umi Wan, Ayden Adrean. Umi Wan, Tok Ayah, Daddy dan mak cik-mak cik sentiasa mengingati Ayden, sayang.

“Inilah gambar dan video terakhir yang kami ada bersama Ayden sejak tiga tahun lalu, dan Umi Wan menyimpannya dengan penuh kasih sayang,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, Hafizah turut mendoakan agar Ayden sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan serta menjadi anak yang soleh.

Malah, dia turut meluahkan harapan agar dapat berjumpa semula dengan cucunya itu satu hari nanti.

“Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh. Semoga membesar dengan iman dan takwa kepada Allah serta menjadi anak yang soleh dan khalifah terhebat.

“Jika kita tidak dapat berjumpa lagi di dunia, Insya-Allah kita akan bertemu dalam kehidupan yang akan datang dengan izin Allah,” luahnya lagi.

Sekadar info, Ayden merupakan anak sulung hasil perkahwinan Aliff bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 sebelum sah bercerai pada 13 Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement