Skip to main content

Selebriti

Ibu Anna Jobling Sebak, Tangisi Pemergian Kucing Tersayang - “Mama Elok Main-Main, Aben Sesak Nafas…”

Ibu Anna Jobling Sebak, Tangisi Pemergian Kucing Tersayang

Ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Arez Arop tidak dapat menahan sebak atas pemergian kucing kesayangannya yang diberi nama Aben.

Menerusi perkongsian di Instgram, Arez memaklumkan pemergian Aben meninggalkan kesan yang mendalam kerana kucing itu amat rapat dan manja dengannya.

Menurut Arez, Aben mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebelum dibawa ke klinik haiwan sekitar jam 1:30 pagi.

Advertisement

Bagaimanapun, kucing kesayangannya itu tidak dapat diselamatkan.

“Goodbye my love, my handsome boy, my black beauty, forever my Baby Raven, tiba tiba mama elok memain dengan Aben, Aben sesak nafas.

“Cepat-cepat mama bawak gi vet kol 1.35 am pagi, Dr buat sehabis daya nak selamatkan Aben, tapi Allah lebih sayangkan baby mama.

“3.20 am Aben pergi buat selamanya tinggalkan mama. Hanya Allah sahaja yang tahu remuk sedihnya hati mama.

“Mama sayang sangat Aben walaupun dalam 2 tahun  lebih sahaja Allah pinjamkan, pinjaman Allah yang tiada nilai,” kongsinya.

Sementara itu, menerusi hantaran yang sama, Arez turut berkongsi betapa Aben amat rapat dengannya dan sering menemaninya.

“Alhamdulillah sangat. Aben pun sangat sayang mama, selalu ikut je mama pegi mana mana, selalu dapat masuk bilik mama ngan aunty Chombi.

“Rindu Aben golek golek atas katil sambil mama roll badan Aben ngan roller bulu tu, macam sikat. Aben suka sangat bila mama buat macam tu.

“Aben suka duduk atas pangku Mama, Mama rindu sangat bau lemak lemak bacin Aben. Mama sayang, mama minta maaf atas segala kesilapan mama dengan Aben.

“Kita kita jumpa di sana nanti, insya-Allah. Mama bersyukur sangat dapat anak yang sangat manja dengan mama.

“Kakak sangat sayang Aben juga. Maafkan kakak tak dapat peluk Aben buat kali terakhir. Kakak sibuk kerja 00/09/23-08/10/25 Wed,” luahnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Arez

Must-Watch Video

Advertisement