Skip to main content

Hiburan

"Ibu Bapa Kita Mesti Sunyi Sangatkan Lepas Anak-Anak..." - Ernie Zakri

"Ibu Bapa Kita Mesti Sunyi Sangatkan Lepas Anak-Anak..." - Ernie Zakri

Sekilas

  • Ernie Zakri berkongsi kenangan bilik tidurnya yang diduduki sejak umur 18 tahun hingga sebelum berkahwin pada usia 29 tahun.
  • Bilik tersebut menyimpan pelbagai memori penting termasuk saat sukar, berita gembira, penolakan, dan pencapaian sepanjang kerjayanya.
  • Selepas berkahwin, Ernie menetap di rumah baru tetapi masih kerap pulang ke rumah ibu bapa dan terfikir tentang kesunyian ibu bapa selepas anak-anak berkahwin.
Advertisement

Penyanyi Ernie Zakri  berkongsi kenangan mengenai bilik tidurnya yang diduduki sejak berusia 18 tahun sehingga sebelum mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Ernie turut memuat naik foto bilik tersebut yang menyimpan pelbagai memori penting sepanjang fasa kehidupannya ketika masih tinggal bersama ibu bapa.

Advertisement

“Dari 18 tahun sampai sebelum kahwin, umur 29 tahun, ini bilik tidur saya.

“Sayu pula rasa bila anak dengan ibu saja tidur bilik ini malam ini. Macam-macam kenangan ada,” katanya.

Menurut Ernie, bilik berkenaan menjadi saksi kepada pelbagai emosi yang dilaluinya termasuk saat sukar, berita gembira, penolakan dan pencapaian sepanjang membina kerjaya.

Advertisement

“Semua kesakitan, berita baik, berita buruk, penolakan, pencapaian, semua emosi melekat dalam bilik ini.

“Dah malam-malam ini mulalah rasa sedih,” ujarnya.

Katanya, selepas mendirikan rumah tangga, dia mula menetap di kediaman lain namun masih akan pulang ke rumah ibu bapanya sekiranya tidak mempunyai urusan kerja.

“Lepas kahwin baru duduk tempat lain. Saya akan sentiasa balik ke rumah ibu bapa kalau tak kerja.
“Banyak memori akan timbul

“Kadang-kadang terfikir, ibu bapa kita mesti sunyi sangat kan lepas anak-anak kahwin?” luahnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Abraca Dabra Premium Cotton Bedsheet - Single/Super Single/Queen/King

Abraca Dabra Premium Cotton Bedsheet - Single/Super Single/Queen/King

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement