Sekilas
- Dr Zailah, ibu kepada bekas isteri Nubhan, berkongsi momen percutian keluarga di luar negara dan berharap cucu-cucunya tidak terkesan dengan isu yang berlaku.
- Beliau juga menyatakan kesediaan untuk membantu cucu-cucunya mengemas bilik mereka selepas pulang bercuti.
- Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan perceraian Nubhan dan Dr. Fie pada 2 Disember, dengan mereka dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Ibu kepada bekas isteri penyanyi, Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Dr Zailah meluahkan rasa tidak sabar untuk membantu cucu-cucunya mengemas bilik sejurus mereka pulang dari bercuti nanti.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Dr Zailah dilihat memuat naik beberapa foto memaparkan momen mereka sekeluarga yang sedang bercuti di luar negara.
Ujar Dr Zailah, mereka sekeluarga enggan merosakkan ‘mood’ percutian dengan terlalu memikirkan isu yang berlaku sejak kebelakangan ini
“Walaupun macam-macam ujian melanda, kami tak mahu ia menganggu percutian kami. InsyaAllah mudah-mudahan Allah beri kami kekuatan untuk sedikit ujian ini,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Dr Zailah turut menitipkan doa agar cucu-cucunya tidak terkesan dengan apa yang telah berlaku.
“InsyaAllah kami mendoakan supaya cucu-cucu tidak tidak terkesan dengan apa yang berlakuz
“Balik ni kena bantu-bantu cucu kemas bilik mereka yang baru. Insya-Allah, selamat kembali ke rumah anakku,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Dr. Fie meluahkan kekecewaan terhadap Nubhan yang didakwa telah mengeluarkan barang peribadi daripada rumahnya tanpa sebarang notis.
Dakwa Dr. Fie lagi, ini bukanlah kali pertama bekas suaminya itu bertindak sedemikian terhadapnya.
Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: IG Dr Zailah