Skip to main content

Hiburan

Ibu Hafiz Zainal Meninggal Dunia

Astrogempak HAFIZ

Sekilas

  • Dr. Hafiz Zainal berkongsi berita sedih pemergian ibunya, Rahmah Binti Ismail, yang meninggal dunia pada awal pagi Jumaat di Johor Bahru.
  • Hafiz menjadi imam solat jenazah ibunya selepas solat Jumaat dan mengiringi pengebumian Allahyarhamah di Masjid Jamek Bandar Baru Uda.
  • Beliau memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali ibunya dan mengharapkan doa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang mukmin serta mendapat rahmat Allah.

Penyanyi Dr. Hafiz Zainal berkongsi khabar duka apabila ibunya, Rahmah Binti Ismail, telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat.

 

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Hafiz menerusi satu hantaran di Instagram.

 

“Assalamualaikum. Pada hari ini iaitu hari Jumaat yang mulia dan juga termasuk pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah, ibu saya, Rahmah Binti Ismail telah pun kembali ke rahmatullah pada waktu selepas azan Subuh (5:50 pagi) dengan tenang di kediaman kami di Johor Bahru,” tulisnya.

 

Dalam perkongsian sama, Hafiz turut memaklumkan Allahyarhamah telah selamat dimandikan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

 

“Saya sempat menjadi imam untuk solat jenazah ibu saya sesudah selesai solat Jumaat di masjid.

 

“Alhamdulillah, dapat saya hantar arwah ibu saya ke liang lahad dan melihatnya untuk terakhir kali di dunia ini,” luahnya lagi.

 

Pada masa sama, Hafiz turut mewakili keluarganya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali Allahyarhamah serta meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan ibunya di alam sana.

 

“Saya mewakili arwah ibu saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya.

 

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang mukmin, diperluaskan kuburnya agar menjadi salah satu daripada taman-taman syurga dan dikurniakan Syurga Firdaus tanpa hisab dan tanpa azab. Amin,” katanya.

 

Perkongsian tersebut turut dihujani ucapan takziah serta doa daripada peminat dan rakan-rakan artis buat Dr. Hafiz Zainal sekeluarga.

Sumber: Instagram Hafiz Zainal 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement