Skip to main content

Hiburan

Ibu Hamil 7 Bulan Lepas Buang TV Lama Dalam Hutan, Eyra Hazali; “Adik-Beradik Yang Lain Panggil Saya Bunian”

Ibu Hamil 7 Bulan Lepas Buang TV Lama Dalam Hutan, Eyra Hazali; “Adik-Beradik Yang Lain Panggil Saya Bunian”

Sekilas

  • Eyra Hazali berkongsi kisah misteri ibunya yang tiba-tiba mengandung tujuh bulan selepas membuang televisyen lama di kawasan hutan.
  • Doktor mengesahkan bayi dalam kandungan itu adalah Eyra sendiri, dan cerita ini diketahui ramai di kampungnya walaupun sukar dipercayai.
  • Eyra juga menceritakan kelahiran uniknya yang mudah dan keadaan fizikalnya yang luar biasa ketika dilahirkan menurut bapanya.
Advertisement

Pelakon, Eyra Hazali menyorot perhatian apabila berkongsi satu pendedahan yang mengejutkan ramai ketika menjadi tetamu sesi podcast Sembang Seram yang dikendalikan pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri.

Menerusi potongan video yang dimuat naik di TikTok podcast berkenaan, Eyra menceritakan kisah misteri yang pernah dialami ibunya selepas membuang sebuah televisyen lama di kawasan hutan.

Advertisement

Dakwa Eyra perut ibunya kemudiannya tiba-tiba membesar pada keesokan hari selepas televisyen berkenaan dibuang.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan doktor mendapati ibunya sedang hamil tujuh bulan dan bayi dalam kandungan tersebut adalah dirinya sendiri.

“Mak saya balik kampung ayah sebab ada kenduri ketika itu. Tiba-tiba terjumpa satu TV lama dalam rumah dan mak pergi buang TV tersebut di kawasan sebuah masjid yang dikeliling hutan.

“Esok paginya, perut mak saya yang asalnya rata tiba-tiba jadi besar macam orang hamil. Pergi klinik dan doktor scan, nampak ada kaki, tangan dan mata. Doktor cakap ada bayi tujuh bulan dalam perut, bayi itu adalah saya.

“Sebab itu adik-beradik saya yang lain cop dan panggil saya bunian. Ramai yang tidak percaya dengan kisah ini, tetapi orang kampung tahu mengenai cerita tersebut,” kongsinya.

Menerusi sesi temu bual yang sama, pelakon drama Mr Grey ini turut berkongsi cerita daripada bapanya mengenai keadaan dirinya ketika dilahirkan yang dikatakan berbeza daripada bayi lain.

“Bapa kata sewaktu saya dilahirkan, segala urat jelas kelihatan. Macam jernih, bersih betul keadaan saya. Tidak sampai 15 minit mak saya duduk di ‘labour room’. Sangat mudah proses mak saya melahirkan.

“Kakak saya juga pernah bergurau cakap sebab itu rezeki saya mencurah-curah, orang bunian katanya kaya raya,” kongsinya lagi.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian yang rata-ratanya mengakui terkejut dengan kisah yang dianggap penuh misteri itu.

Malah, ada dalam kalangan mereka yang tidak menolak kemungkinan kisah tersebut benar dengan beranggapan alam ini bukan hanya dihuni manusia, tetapi turut mempunyai makhluk lain.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement