Skip to main content

Hiburan

Ibu Haqiem Stopa Meninggal Dunia, Aireena Sofea Titip Doa - “Walaupun Jodoh Kami Tak Panjang, Mama Tetap Mak Saya Sampai Bila-Bila”

Ibu Haqiem Stopa Meninggal Dunia, Aireena Sofea Titip Doa - “Walaupun Jodoh Kami Tak Panjang, Mama Tetap Mak Saya Sampai Bila-Bila”

Sekilas

  • Ibu kepada pempengaruh media sosial Haqiem Stopa, Che Hasnah Che Hussin, dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.
  • Berita itu dikongsikan oleh bekas isteri Haqiem, Aireena Sofea, yang mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
  • Aireena juga menegaskan bahawa walaupun sudah bercerai, Che Hasnah tetap dianggap sebagai ibu mentuanya sampai bila-bila.
Advertisement

Ibu kepada pempengaruh media sosial dan usahawan, Haqiem Stopa iaitu Che Hasnah Che Hussin dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.

Berita sedih itu dikongsikan bekas isteri kepada Haqiem iaitu Aireena Sofea menerusi satu hantaran yang dibuat di TikTok.

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat, Aireena yang mesra disapa Jane mendoakan agar roh arwah ibu mentuanya itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Innalillahiwainnailaihiraji’un, sedekah al-fatihah untuk mak mentua saya, Che Hasnab Che Hussin. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kongsinya.

Airerna turut memuat naik video kenangan memaparkan arwah ibu mentuanya itu yang sedang bergurau senda bersama anaknya.

Lebih menyentuh hati apabila Aireena memaklumkan bahawa Allahyarhamah tetap ibu mentuanya meskipun dia dan Haqiem tidak lagi memegang status sebagai suami isteri.

“Walaupun jodoh kami tak panjang, maa tetap mak saya sampai bila bila,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar roh Allahyarmah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Untuk rekod, Aireena dan Haqiem mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila sah bercerai pada 13 Januari yang lalu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement