Ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop telah memuat naik satu hantaran penuh emosi di akaun media sosial.
Luahan itu dibuat susulan ucapan penghargaan Anna ketika menerima trofi Bintang Asia Terbaik dalam majlis berprestij Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025 yang berlangsung pada Khamis lepas.
Advertisement
Dalam ucapannya, Anna sempat mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapanya, namun perkara itu dilihat kurang menyenangkan bagi pihak Ariz.
Menerusi siri hantaran tersebut, Ariz meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa ucapan Anna tidak menggambarkan realiti sebenar hubungan antara mereka.
Ariz juga turut mendakwa ada pihak tertentu memanipulasi anaknya demi kepentingan peribadi.
“Boleh tak lepas ni kau jangan suruh anak aku sebut "thank you my mom and dad" bila dia menang apa apa?
“Jangan petik nama bapak atau mak dia, kitaorang tak besarkan dia supaya dia buang mak, buang keluarga macam ni.
“Kau dengan Linda @annajobling.fc, yang muka tak malu, manipulate anak aku, suruh je lah anak aku sebut nama korang tu, nak sangat jadi terpaling kan, korang memang t__t...” tegasnya.
Malah, Ariz turut mempersoalkan keikhlasan Anna ketika memberikan ucapan kemenangan itu.
“Thank my mum and dad, kekononnya kau lah anak yang terpaling hargai mak bapak kau. @shawn_amer jadi mastermind kau.
“Padahal Allah sahaja tahu apa yang terselindung disebalik meke up, baju cantik, hidup glamour kau tu. Allah sahaja yang tahu banyak mana air mata aku berjurai siang dan malam…
“Percayalah, suatu hari nanti setiap titis air mata aku akan ada hikmahnya, cepat atau lambat je,” luahnya.
Sebelum ini, kemelut keluarga Anna dan ibunya menjadi perhatian apabila muncul seorang individu dipercayai ‘kenalan rapat’ keluarga mendakwa pelakon itu memberi wang RM10,000 sebulan kepada ibunya serta membeli rumah.
Dalam masa sama, individu tersebut mendakwa sikap Anna yang memilih berdiam diri bukan kerana lemah, sebaliknya demi menjaga maruah ibunya meskipun dirinya sering dipersalahkan.
Bagaimanapun, Ariz hanya menafikan tentang dakwaan rumah dan tidak mengulas mengenai pemberian wang bulanan yang dikaitkan dengan Anna.