Skip to main content

Hiburan

Ibu Mentua Dakwa Prince Syed ‘Larikan’ Anak, Jadikan ‘Tikus Makmal’ - “Dia Tebuk Perut Anak Saya Nak Jual Ubat Kurus”

ccv

Ibu mentua kepada pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, wanita terbabit turut mendakwa anak perempuannya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang didakwa dilakukan atas desakan Prince Syed.
 

Advertisement

“Nak mai tengok anak dia tak bagi… dia buat lari dah. Cucu-cucu pun semua dia buat lari. Dia potong perut anak makcik nak jual ubat kurus,” dakwa wanita itu.

Dalam satu lagi hantaran yang turut dikongsi pengguna lain, individu berkenaan mendakwa bahawa isteri Prince Syed, Fatin Syazwani, mengalami komplikasi kesihatan serius selepas prosedur berkenaan dipercayai dijalankan tanpa pengetahuan keluarga.

Menurut hantaran tersebut, Fatin dikatakan mengalami dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam. Dakwa individu terbabit lagi, keluarga Fatin tidak dibenarkan melawat dan hanya keluarga pihak suami dibenarkan masuk.
 

vvf

Setakat ini, pihak Prince Syed belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai tuduhan tersebut.

Terdahulu, Prince Syed pernah menafikan dakwaan kononnya isterinya sedang hamil selepas tular beberapa foto menunjukkan keadaan Fatin yang kelihatan lemah dan pucat.

Prince Syed sebaliknya mendakwa isterinya berkemungkinan menjadi mangsa sihir oleh individu tidak dikenali susulan kejayaan bisnes Laksa Viral mereka baru-baru ini.

Must-Watch Video

Advertisement