Ringkasan AI
- Penyanyi Nubhan dan isteri, Dr. Afifah Hidayah, sedang menghadapi kemelut rumah tangga yang semakin rumit.
- Terdapat dakwaan ibu mentua Dr. Afifah meminta RM5 juta jika Nubhan mahu menceraikan isterinya.
- Beberapa isu lain turut timbul termasuk tuduhan tentang pengurusan kewangan dan penjagaan anak.
- Nubhan telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk di Mahkamah Syariah Sepang.
- Beliau juga memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Kemelut rumah tangga melibatkan penyanyi, Nubhan dan isteri iaitu Dr. Afifah Hidayah dilihat semakin berpanjangan apabila timbul pula beberapa dakwaan tidak enak mengenai ibu mentua penyanyi itu.
Menerusi Threads, seorang pengguna memuat naik tangkap layar komen dikeluarkan seorang individu yang mendakwa ibu kepada Dr. Afifah meminta Nubhan untuk memberikan wang berjumlah RM5,000,000 jika benar nekad mahu menceraikan isterinya.
Dakwa individu itu lagi, terdapat beberapa lagi perkara yang terjadi sehingga menyebabkan pelantun lagu ‘Ada Untukmu’ itu menjadi tawar hati dengan rumah tangganya.
“Sibuk apa kak? Event sana sini? Pergi klinik pun seminggu sekali ja tapi dapat gaji CEO.”
“Nubhan bagi lagi (duit) dari syarikat Nubhan, itu pun tak cukup. Suap anak makan, masak pun tak nak.”
“Lepas itu, bapa mentua pandai-pandai tukar sekolah anak tanpa pengetahuan bapa. Nubhan tu dah makan hati, itu pasal dia buat macam itu”.


Sekadar info, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.
Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.
Sumber: Threads