Perasaan cemas seorang ibu bertukar menjadi terharu selepas melihat anak lelakinya berada di atas pentas bersama kumpulan kegemarannya, Green Day.
Kejadian tersebut berlaku pada hari terakhir Rio Fest yang berlangsung pada 21 September lalu di Douglass Park di Chicago.
Advertisement
Ibu yang dikenali sebagai Bobbi Cantrell telah memandu dari Indiana bersama anak lelakinya, Argyle untuk menonton persembahan Green Day.
Argyle merupakan seorang autisme dan membawanya menonton Green Day adalah salah satu impian ulang tahun ke-16 remaja itu.
Pada waktu kejadian, Cantrell telah pergi ke tandas dan apabila kembali ke tapak konsert, dia panik kerana telah ‘kehilangan’ Argyle.
Selepas puas mencari, akhirnya dia menyedari seorang peminat lelaki yang berada di atas pentas bersama Green Day adalah anaknya, Argyle.
Menerusi laporan Loudwire, Green Day telah memanggil Argyle naik ke pentas selepas membaca permintaan yang ditulis pada sepanduk remja itu sewaktu mencari peminat untuk bersama mereka.
Argyle yang berdiri di barisan hadapan mempunyai permintaan istimewa yang ditulis pada sepanduknya.
“Hi. Ini hari ulang tahun ke-16 saya. Saya seorang autistik. Green Day merupakan kumpulan kegemaran saya.
“Bolehkan saya menyanyi bersama anda untuk lagu
Know Your Enemy?”.
Tidak menghampakan impian Argyle, Green Day menjemput remaja itu ke atas pentas dan mendendangkan lagu tersebut bersama mereka.
Terharu dengan sikap baik Green Day, ibunya menulis ucapan khas buat di media sosial sebelum diulang kicau oleh kumpulan itu.
Tindakan Green Day kemudian menerima pujian dalam kalangan peminat dan pengguna media sosial.