Sekilas
- Pelakon Idan Aedan berkongsi pengalaman pernah mengalami ‘tindih’ ketika tidur akibat keletihan selepas penggambaran.
- Idan menjelaskan kejadian itu berlaku terutama bila dia menjalani penggambaran malam yang panjang dan menyebabkan dia tidak mampu bergerak seketika.
- Idan kini sibuk dengan penggambaran filem Kacau yang turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Khayrisyah Kemal dan Arfie Shah.
Pelakon Idan Aedan berkongsi pengalaman menakutkan apabila dia pernah ‘ditindih’ waktu tidur sehingga menyebabkan tidak mampu untuk bergerak.
Menurut Idan atau nama sebenarnya, Muhammad Shahidan Abdullah, situasi tersebut berlaku setiap kali dia berada dalam keadaan yang penat selepas pulang daripada penggambaran.
“Saya pernah kena tindih, tu pun sebab mungkin penat. Ketika itu saya balik daripada penggambaran dalam waktu subuh. Saya tidur pukul 6.40 pagi, 7.40 saya kena tindih.
“Rasa memang tak boleh bergerak. Tapi sebelum itu memang pernah kena, saya nampak kelibat nenek… tapi sekarang tak nampak. Cuma, tindih tak boleh bergerak.
“Ia menakutkan tapi tidak menakutkan yang sebelum itu,” kata Idan kepada Gempak.
Tambah pelakon filem Akad Yang Hilang ini, dia bukan seorang yang lemah semangat namun kejadian mistik itu akan terjadi ketika dirinya penat.
“Mungkin sebab saya terlalu penat. Saya bukan lemah semangat, tapi selalunya kena bila saya ada jalani penggambaran yang panjang.
“Bila terlalu banyak berlakon waktu malam, memang akan kena,” ujarnya.
Untuk info, Idan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Kacau yang turut dibintangi oleh Khayrisyah Kemal, Arfie Shah, Fimie Don dan Nurel Baharin.