Skip to main content

Selebriti

Idan Aedan Pernah Terima Ugutan Bunuh - “Tak Kenal Mereka, Ada Guna Dialek Yang Saya Tak Faham…”

Idan Aedan Pernah Terima Ugutan Bunuh - “Tak Kenal Mereka, Ada Guna Dialek Yang Saya Tak Faham…”

Sekilas

  • Pelakon Idan Aedan menerima ugutan bunuh dan komen negatif di media sosial susulan kontroversi dakwaan mengganggu wanita bertunang.
  • Idan mengambil tindakan undang-undang dengan melantik peguam dan membuat laporan polis bagi menangani ugutan tersebut.
  • Walaupun menerima ugutan, Idan tetap fokus pada kerjaya dan menegaskan keluarganya baik-baik sahaja serta tidak terkesan dengan fitnah itu.
Advertisement

Pelakon, Idan Aedan mendedahkan dirinya pernah menerima ugutan melampau termasuk bunuh susulan dakwaan kontroversi mengganggu wanita berstatus tunangan orang.

Menurut Idan, tidak hanya seorang, ugutan itu diterimanya dalam media sosial oleh beberapa individu.

Advertisement

“Secara jujurnya ketika kisah itu sedang hangat diperkatakan, saya banyak mendapat komen negatif dalam media sosial termasuklah ugutan bunuh.

“Jadi disebabkan itulah saya buat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan melantik peguam dan  juga membuat laporan polis.

“Kalau tidak saya sejenis yang tidak kisah dengan komen-komen negatif tetapi apabila sudah melibatkan ugutan melampai seperti ini saya rasa saya harus ambil tindakan,” katanya.

Advertisement

Idan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran poster dan trailer filem Kacau, bertempat di TGV, KLCC pada Isnin.

Dalam pada itu, Idan berkata dia tidak mengenai sama sekali individ yang memberikan ugutan tersebut.

“Saya tidak kenal mereka, ugutan itu diberikan secara rawak daripada beberapa individu. Ada juga diantara menggunakan dialek yang saya kurang faham.

“Jadi saya terpaksa rujuk kepada rakan lakon saya iaitu Evanattie Sannie yang merupakan orang Sabah untuk lebih faham apa yang mereka komen.

Bagaimanapun, kata Idan perkara itu tidak terlalu menjejaskan dirinya dan dia juga mahu terus memberikan fokus pada kerjaya.

“Saya dan keluarga baik-baik sahaja, kami tidak ambil ‘too personally’ sangat dan saya tidaklah rasa terancam. Saya serahkan kepada Tuhan, kalau benda nak jadi, maka jadi juga.

“Nak kata takut mencemarkan nama itu saya rasa tidak juga kerana saya dan keluarga tahu apa yang benar.

“Saya percaya yang kalau kita buat baik, kita tidak akan menurun terutamanya kalau kita jujur dengan apa yang kita lakukan.

“Malah dalam lakonan pun saya sentiasa berikan seratus peratus kejujuran dan saya rasa itu jugalah yang membawa saya ke mana saya sekarang,” jelasnya.

Terdahulu, Idan sebelum ini dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita berstatus tunang orang selepas beberapa rakaman kononnya dia ke hotel bersama wanita tersebut tersebar di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Must Watch Video

Advertisement