Skip to main content

Selebriti

Ifa Raziah Menangis Berpisah Dengan Pembantu Rumah, Anggap Seperti Keluarga - “Bayangkan Dah Hidup Bersama Selama 16 Tahun Tiba-Tiba…”

Ifa Raziah menangis lepaskan pembantu rumah

Sekilas

  • Ifa Raziah berkongsi momen sebak ketika menghantar pembantu rumahnya, Linda, pulang ke Indonesia selepas 16 tahun bersama.
  • Ifa menganggap Linda bukan sekadar pembantu, tetapi seperti keluarga yang telah menjadi tulang belakang dalam susah senang keluarga Ifa.
  • Ifa reda dan menghormati keputusan Linda serta mendoakan yang terbaik untuknya selepas pemergiannya.

Penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah berkongsi momen sebak ketika menghantar pembantu rumahnya iaitu Linda untuk pulang ke pangkuan keluarga selepas 16 tahun bersama.

Momen sedih itu dikongsi Ifa menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Ifa, dia berasa sebak kerana sudah menganggap pembantu rumahnya itu seperti keluarga sendiri.

“Bayangkan dah hidup bersama orang yang kita sayang selama 16 tahun, tiba-tiba bangun pagi, orang itu hilang dari hidup kita.

“Itulah Linda, akhirnya pulang ke Indonesia setelah 16 tahun berkhidmat dengan saya. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan, 16 tahun bukan masa yang singkat.

“Linda bukan sekadar berkhidmat, tetapi telah menjadi tulang belakang keluarga saya. Susah senang perihal keluarga semua Linda lalui bersama dengan ikhlas,” luahnya.

Dalam hantaran yang sama, Ifa berkata dia reda dan menghormati dengan keputusan yang dibuat oleh Linda dan sentiasa mendoakan pembantu rumahnya itu.

“Ada insan yang hadir lama dalam hidup kita, bukan sekadar berkhidmat, tetapi meninggalkan jejak kasih yang mendalam.

“Linda adalah anugerah yang Allah pinjamkan sementara untuk keluarga kami. Walaupun berat, kami redha dengan ketentuan Illahi.

“Terima kasih atas segalanya, doa kami sentiasa mengiringi, selamat  pulang, Linda,” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Ifa:

Must-Watch Video

Advertisement