Sekilas
- Pelakon Ikmal Amry memohon maaf atas kenyataannya yang menggunakan perkataan ‘kedekut’ dalam konteks lelaki sebelum berkahwin yang menimbulkan kecaman netizen.
- Ikmal menjelaskan bahawa perkataan ‘berpada/pada’ lebih sesuai digunakan berbanding ‘kedekut’ bagi menggambarkan sikap lelaki sebelum berkahwin.
- Beberapa wargamaya turut meluahkan rasa kurang senang dan mempertikaikan kenyataan Ikmal yang dianggap tidak sesuai dengan tindakannya sendiri dalam hubungan.
Pelakon Ikmal Amry mengambil maklum mengenai kenyataannya yang meminta golongan lelaki untuk bersikap ‘kedekut’ dengan wanita sebelum berkahwin mengundang kecaman netizen.
Menerusi hantaran di Threads, Ikmal memohon maaf kerana menggunakan perkataan ‘kedekut’ sehingga menggores hati beberapa pihak.
“Saya minta maaf atas penggunaan perkataan ‘KEDEKUT’ yang telah menyinggung beberapa pihak. ‘BERPADA/PADA’ lebih sesuai,” katanya.
Sebelum ini, terdapat wargamaya meluahkan rasa kurang senang dengan respons Ikmal yang mengatakan lelaki perlu bersikap kedekut sebelum berkahwin.
“Thought Syafiq Kyle dan Ikmal Mary mostly sama la sebab ingat lagi satu video podcast Mimi cakap Syafiq dulu kedekut tapi bila dah kawin no more kedekut. ‘Selagi belum jadi hak milik kau. Harus kedekut.’ - Ikmal Amry 2026,”
“Tapi Ikmal Amry first date pun her girlfriend pick up, girlfriend belanja. Jadi dia macam tak sesuai nak guna statement ‘selagi belum jadi hak milik kau. Harus kedekut’,” tulis beberapa wargamaya.
Sumber - Threads