Skip to main content

Bollywood

Ikon Sitar Dunia Anoushka Shankar Bakal Gegar KL Oktober Ini

Astro Gempak anoushka

Sekilas

  • Anoushka Shankar, ikon sitar dunia dengan 13 pencalonan Grammy, akan mengadakan konsert eksklusif di Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2026.
  • Konsert di Plenary Hall, KLCC ini akan menampilkan karya dari album terbarunya serta susunan semula lagu popular sepanjang kerjayanya.
  • Tiket akan mula dijual pada 8 April 2026 jam 11 pagi melalui laman web www.ticket2u.com.
Advertisement

Selepas 14 tahun, ikon sitar dunia, Anoushka Shankar akhirnya kembali ke Kuala Lumpur untuk sebuah konsert eksklusif yang dijangka mencuri perhatian peminat muzik.

Persembahan yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 4 Oktober 2026 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, menjanjikan pengalaman muzik yang bukan sahaja memukau, malah sarat dengan emosi dan nilai artistik.

Advertisement

Sebagai artis yang menerima 13 pencalonan Anugerah Grammy, Anoushka terkenal dengan keberaniannya meneroka sempadan antara muzik klasik dan kontemporari.

Dibimbing oleh bapanya yang juga lagenda bidang muzik, Ravi Shankar, Anoushka meneruskan legasi muzik yang kaya sambil membentuk identiti tersendiri dengan sentuhan moden dan global.

Sepanjang lebih tiga dekad dalam industri, Anoushka telah bekerjasama dengan pelbagai nama besar antarabangsa seperti Herbie Hancock, Sting, Norah Jones dan Gorillaz.

Peminat di Kuala Lumpur bakal disajikan dengan perjalanan muzik yang mendalam, termasuk karya daripada album terbaharunya Chapter III: We Return to Light, selain susunan semula lagu-lagu popular sepanjang kerjayanya.

Persembahan ini menggabungkan elemen muzik yang tenang dan reflektif dengan eksplorasi ritma yang dinamik dan bertenaga.

Tiket konsert akan mula dijual pada jam 11 pagi, 8 April 2026 menerusi laman web www.ticket2u.com.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement