Skip to main content

Bollywood

Ikut Jejak Shah Rukh Khan, Rani Mukherjee Terima Doktor Kehormat Selepas Hampir 30 Tahun Dalam Bollywood

Ikut Jejak Shah Rukh Khan, Rani Mukherjee Terima Doktor Kehormat Selepas Hampir 30 Tahun Dalam Bollywood

Sekilas

  • Rani Mukherjee dianugerahkan Doktor Kehormat oleh La Trobe University, Australia, sebagai penghargaan terhadap sumbangannya dalam industri perfileman India dan kerja kemanusiaan.
  • Pengiktirafan ini menjadikan Rani sebagai personaliti filem India kedua selepas Shah Rukh Khan yang menerima anugerah sama daripada universiti tersebut.
  • Sepanjang hampir 30 tahun kerjaya, Rani terkenal dengan lakonan pelbagai watak wanita yang membawa isu sosial seperti hak wanita, kesaksamaan, dan keadilan sosial.
Advertisement

elepas hampir tiga dekad membina nama dalam industri Bollywood, aktres terkenal India, Rani Mukherjee menerima pengiktirafan istimewa apabila dianugerahkan Doktor Kehormat oleh La Trobe University, Australia.

Rani menerima Honorary Doctor of Letters (honoris causa) sebagai penghargaan terhadap sumbangannya dalam industri perfileman India, kerja kemanusiaan serta advokasi membabitkan pelbagai isu sosial.

Advertisement

Lebih membanggakan, Rani menjadi personaliti filem India kedua menerima pengiktirafan daripada universiti berkenaan selepas Shah Rukh Khan.

Untuk rekod, Shah Rukh terlebih dahulu menerima doktor kehormat daripada La Trobe University pada 2019 atas sumbangannya dalam bidang perfileman serta kerja kemanusiaan.

Rani pula menerima penghormatan tersebut dalam satu majlis khas yang diadakan bersempena Indian Film Festival of Melbourne (IFFM) 2026.

Pengiktirafan itu bukan sekadar meraikan popularitinya sebagai bintang Bollywood, malah mengambil kira perjalanan seni Rani yang menghampiri tiga dekad serta usahanya mengetengahkan isu berkaitan hak wanita, kesaksamaan dan keadilan sosial menerusi karya lakonan.

Sepanjang kariernya, aktres berusia 48 tahun itu memilih untuk mengutamakan cerita yang benar-benar dekat dengan hatinya sebelum memikirkan soal kejayaan komersial.

Pendekatan tersebut dapat dilihat menerusi keberaniannya membawakan pelbagai karakter wanita dengan sisi dan konflik berbeza.

Rani juga percaya karya seni mempunyai kemampuan untuk mencetuskan empati dan membuka ruang perbincangan mengenai sesuatu isu, sekali gus mengubah perspektif masyarakat.

Sepanjang hampir 30 tahun dalam industri, Rani telah membintangi pelbagai karya popular termasuk ‘Saathiya’, ‘Chalte Chalte’, ‘Hum Tum’, ‘Veer-Zaara’ dan ‘Black’.

Dia kemudian terus mencabar kemampuan lakonannya menerusi naskhah lebih matang seperti ‘Mardaani’, ‘Hichki’ serta ‘Mrs Chatterjee vs Norway’.

Pengaruh Rani juga tidak hanya tertumpu kepada industri hiburan apabila pihak universiti turut mengiktiraf sumbangannya dalam mengetengahkan persoalan berkaitan keadilan sosial, kesaksamaan dan keterangkuman.

Di luar layar, Rani turut terlibat dalam usaha menyokong wanita, kanak-kanak serta komuniti kurang bernasib baik di India.

Rani dilahirkan pada 21 Mac 1978 di Mumbai dan berasal daripada keluarga Mukherjee-Samarth yang mempunyai hubungan rapat dengan industri perfileman India.

Bapanya, Ram Mukherjee merupakan pengarah filem dan antara pengasas Filmalaya Studios, manakala ibunya, Krishna Mukherjee pernah bergelar penyanyi latar.

Menariknya, biarpun dibesarkan dalam keluarga seni, Rani pada awalnya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pelakon.

Namun, perjalanan hidup membawanya ke layar perak menerusi ‘Biyer Phool’ pada 1996 sebelum namanya mula mendapat perhatian menerusi ‘Ghulam’.

Popularitinya kemudian melonjak selepas membintangi fenomena ‘Kuch Kuch Hota Hai’ pada 1998 yang turut menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol.

Kini, selepas hampir tiga dekad berkarya, penganugerahan Doktor Kehormat daripada La Trobe University menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap perjalanan dan sumbangan Rani dalam dunia seni serta kemasyarakatan.

Anda mungkin berminat dengan

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Must Watch Video

Advertisement