Skip to main content

Hiburan

Ili Ruzanna Rancang Buat ‘Comeback’ Sebagai Penyanyi - “Saya Mungkin Nak Buat Konsert Pada…”

Ili Ruzanna Rancang Buat ‘Comeback’ Sebagai Penyanyi - “Saya Mungkin Nak Buat Konsert Pada…”

Sekilas

  • Ili Ruzanna berhasrat untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas meninggalkan Hitz FM pada Ogos lalu dan merancang keluarkan mini album serta adakan konsert pada Oktober.
  • Dia terbuka untuk mencuba bidang lakonan jika ada peluang dan mahu fokus pada perkara lain termasuk melancong serta luangkan masa dengan keluarga.
  • Ili berkongsi mini album yang bakal dilancarkan mengandungi empat lagu yang diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.
Advertisement

Penyampai radio, Ili Ruzanna beranggapan masih belum terlalu awal untuknya kembali ke dunia penyiaran radio selepas mengambil keputusan meninggalkan stesen radio, Hitz FM Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, Ili tidak menolak kemungkinan untuk mencuba menceburi beberapa bidang lain termasuk dalam bidang nyanyian dan lakonan jika diberi peluang.

Advertisement

“Saya rasa saya tak akan terus kembali sebab saya memang nak fokus pada perkara lain dalam hidup saya buat masa sekarang. Menyanyi mungkin boleh dan insya-Allah kalau ada peluang berlakon pun boleh saja.

“Kalau ada peluang, saya terima. Insya-Allah.

“Saya juga nak melancong serta luangkan masa dengan keluarga dulu. Dah hampir sembilan tahun saya kerja dalam radio, lama sangat dah,” katanya kepada Gempak.

Ili berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharu penyanyi, Syasya Rizal yang berjudul Different.

Tambah Ili, dia pernah ditawarkan beberapa projek sebelum ini namun terpaksa menolak keran komitmen yang tinggi dalam bidang penyiaran radio.

“Sebenarnya saya pernah menerima beberapa peluang sebelum ini tetapi bekerja dia radio tak boleh nak ‘take off’ bila-bila masa jadi, saya terpaksa tolak.

“Mungkin sekarang inilah masanya untuk saya cuba sesuatu yang baharu,” kongsinya lagi.

Berkongsi lanjut, Ili memaklumkan dia juga mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian yang pernah diceburinya sebelum ini.

Menurutnya, dia kini sedang merancang untuk menghasilkan sebuah album mini selain mengadakan konsert pada Oktober depan.

Ujar Ili, album mini yang bakal mengandungi empat lagu itu cukup dekat dengan dirinya kerana ia dihasilkan berdasarkan pengalaman peribadi yang dilaluinya sejak beberapa tahun lalu.

“Sebenarnya saya pernah jadi penyanyi kira-kira tujuh tahun lalu. Jadi, saya rasa macam nak buat comeback. Saya juga tulis lagu saya sendiri serta dapat bantuan daripada beberapa produser untuk hasilkan lagu.

“Dan macam yang saya pernah kongsikan, saya akan keluarkan mini album baharu serta bercadang mahu menganjurkan showcase kecil-kecilan Oktober nanti.

“Mini album itu sangat dekat dengan saya sebab banyak perkara peribadi yang berlaku dalam hidup saya  sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Jadi, macam seronok juga bila dapat kumpulkan semua tu dalam satu mini album dan tak sabar nak bagi korang dengar nanti,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement