Skip to main content

Selebriti

Ili Ruzanna Sebak, Kenang Detik Kehilangan Orang Tersayang - “Kadang Kita Rasa Punya Banyak Masa, Macam Ibu Bapa Akan Selama-Lamanya Ada…”

Ili Ruzanna sebak

Sekilas

  • Penyampai radio HITZ.FM, Ili Ruzanna, berkongsi pengalaman kehilangan ibunya ketika berusia 28 tahun dalam program MeleTOP.
  • Ili mengakui pengalaman itu membuatkan dia lebih menghargai masa bersama ibu bapa dan sentiasa mengingati nasihat arwah ibunya.
  • Untuk mengubati rindu, Ili melancarkan siri istimewa 30 Hari Rindu Rasa Ibu sempena Ramadan, tahun keempat tanpa ibu tercinta.

Penyampai radio HITZ.FM, Ili Ruzanna tidak dapat menahan sebak ketika membicarakan topik mengenai kehilangan insan tersayang dalam program MeleTOP yang bersiaran pada Selasa.

Menerusi perkongsian yang menyentuh hati itu, Ili mengimbas kembali detik kehilangan ibunya ketika dia berusia 28 tahun.

Menurut Ili, pengalaman ‘menyakitkan’ itu membuatkan dirinya lebih menghargai masa bersama ibu bapa.

“Saya sekarang umur 32 tahun, masa saya kehilangan ibu, umur saya 28 tahun. Kadang-kadang kita sebagai anak, kita tidak sangka yang ibu bapa kita akan pergi.

“Kita akan rasa macam ibu bapa kita akan selama-lamanya ada dekat sini. Kadang-kadang kita fikir kita macam ada banyak masa,” ujarnya.

Tambah Ili lagi, selepas melalui fasa kehilangan itu, Ili mengakui dia sentiasa mengingati setiap nasihat dan pesanan arwah ibunya yang menjadi pegangan hidup sehingga ke hari ini.

“Jadi untuk saya, bila fikir balik banyak silap yang kita dah pernah buat dekat ibu. Tapi insya-Allah, ibu akan maafkan kita.

“Nasihat ibu yang saya tak akan lupa adalah dia selalu suruh saya jadi baik dekat orang, selalu bersangka baik dan sentiasa gembira… Dia mahu saya gembira,” katanya.

Terdahulu, Ili telah melancarkan sebuah siri istimewa berjudul 30 Hari Rindu Rasa Ibu bersempena Ramadan, sebagai cara mengubati kerinduannya terhadap masakan arwah ibunya.

Ili mendedahkan Ramadan kali ini merupakan tahun keempat dia menyambutnya tanpa ibu tercinta.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Must Watch Video

Advertisement