Sekilas
- Pelakon Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang diberi nama Imane Laudya pada Ahad.
- Intan menganggap kedua-dua puterinya, Imane Lunara dan Imane Laudya, sebagai anugerah terbesar dalam hidupnya.
- Intan berkahwin dengan Azraf Azman pada 18 Ogos 2023 dan kini mempunyai dua anak perempuan.
Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang diberi nama Imane Laudya pada Ahad.
Terbaharu, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid itu menyifatkan kehadiran dua puterinya iaitu Imane Lunara dan Laudya sebagai anugerah terbesar dalam hidupnya.
“Imane Lunara & Imane Laudya. My two greatest blessing in this life,” tulisnya.
Pada Ahad, Intan berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang diberi nama Imane Lunara.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Threads