Skip to main content

Selebriti

Impian 32 Tahun Tercapai, Nourul Wahab Teruja Konsert Solo Pertama - “Masa Tu Pergi Tonton Konsert Ella & Wings, Dalam Hati Saya Rasa…”

Nourul minat Ella dan Awie

Sekilas

  • Nourul Wahab teruja untuk mengadakan konsert solo sulungnya, For You Nourul, pada 30 Mei di Zepp Kuala Lumpur.
  • Konsert ini adalah impian lama yang sudah dipendam sejak 32 tahun lalu sejak awal kerjaya seni Nourul.
  • Selepas berehat 15 tahun dari dunia hiburan, Nourul bersyukur impiannya akhirnya menjadi kenyataan untuk meraikan tiga dekad dalam industri muzik.

Penyanyi, Nourul Wahab menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan di Konsert solo For You Nourul yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Menurut Nourul, konsert berkenaan membawa makna yang sangat besar buat dirinya kerana impian tersebut sebenarnya sudah lama dipendam sejak awal pembabitannya dalam dunia seni kira-kira 32 tahun lalu.

“Untuk pengalaman ini sebenarnya satu rasa yang mendebarkan dan dalam masa yang sama teruja. Idea untuk konsert ini sebenarnya daripada album pertama saya dah pasang impian untuk mengadakan konsert.

“Masa itu saya pergi tengok konsert Ella, zaman zaman itu ketika 32 tahun yang lalu. Konsert Wings pun saya pergi, saya peminat Awie dan Search juga, nak jadi rock star kononnya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Nourul, pengalaman menonton konsert artis-artis terkenal ketika itu membuatkan dirinya bersemangat selain menjadi inspirasi untuk mengadakan konsert sendiri suatu hari nanti.

“Selepas tonton konsert itu, dalam hati saya rasa macam seronoknya kalau dapat buat juga konsert sebegini dan saya juga mempunyai beberapa perancangan.

“Bak kata orang lambat pun tak apa, janji kita dapat buat. Alhamdulillah ada rezeki untuk tahun yang ke-32 ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nourul juga turut menyatakan rasa syukur kerana impiannya itu akhirnya menjadi kenyataan biarpun sebelum ini pernah berehat lama daripada dunia hiburan demi memberi fokus kepada kehidupan peribadi dan perniagaan.

“Walaupun 15 tahun itu saya step out daripada dunia hiburan sebab memberikan fokus pada perniagaan dan juga hal peribadi, dan syukur Allah makbulkan impian saya,” ulasnya.

Nourul bakal tampil dalam konsert solo sulungnya, For You Nourul yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei ini.

Dianjurkan ND Entertainment, konsert For You Nourul bakal menjadi persembahan eksklusif buat peminat bagi meraikan tiga dekad perjalanan penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu dalam industri seni tanah air.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement