Skip to main content

Hiburan

Imran Aqil Kongsi Detik Sukar Isteri Ketika Berpantang - “Waktu Itu Aku Tiada, Pergi Nepal Naik Gunung 10 Hari…”

Imran Aqil Kongsi Detik Sukar Isteri Ketika Berpantang - “Waktu Itu Aku Tiada, Pergi Nepal Naik Gunung 10 Hari…”

Sekilas

  • Pelakon dan pengacara Imran Aqil mendedahkan dia tidak menemani isteri, Dahlia Rizal, ketika tempoh berpantang kerana mengikuti aktiviti mendaki gunung di Nepal selama 10 hari.
  • Dahlia menghadapi kesukaran menenangkan anak mereka, Yusra, yang kerap menangis sehingga menyebabkan dia rasa tertekan dan hampir meroyan.
  • Perkongsian Imran itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang mempertikaikan keputusannya meninggalkan isteri dalam tempoh berpantang dan menegaskan isu kemurungan selepas bersalin perlu diambil serius.
Advertisement

Pelakon dan pengacara Imran Aqil menjadi perhatian netizen selepas mendedahkan tidak berada di sisi isterinya, Dahlia Rizal ketika wanita itu berdepan detik sukar dalam tempoh berpantang.

Menerusi perkongsian dalam sebuah podcast, Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 27, berkata, Dahlia pernah menghubunginya kerana mengalami kesukaran menenangkan anak mereka, Yusra yang tidak berhenti menangis.

Advertisement

“Ada momen di mana Dahlia beritahu saya yang dia tak boleh nak tidurkan Yusra.

“Dia asyik menangis. Dia rasa meroyan sampai nak campak Yusra,” katanya.

Bagaimanapun, Imran mengakui ketika situasi tersebut berlaku, dia tidak berada bersama isterinya kerana berkunjung ke Nepal bagi menyertai aktiviti pendakian gunung selama 10 hari.

“Waktu itu aku tiada. Aku jujurlah, ketika itu aku pergi Nepal naik gunung 10 hari,” ujarnya.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempertikaikan keputusan Imran meninggalkan isterinya ketika masih dalam tempoh berpantang.

Malah, ada yang berpendapat isu berkaitan kemurungan selepas bersalin atau ‘postpartum depression’ (PPD) tidak seharusnya dipandang ringan.

“‘Postpartum depression is real’ tetapi boleh pula gelak dengan tetamu yang tinggalkan isteri 10 hari pergi panjat gunung di Nepal. Podcast keibubapaan untuk lelaki memang begini ke?” komen seorang netizen.

Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai kurang wajar memandangkan Dahlia ketika itu baru sahaja melahirkan anak.

“Kenapa pergi buka dan pamerkan kebodohan sendiri kepada umum? Memang pentingkan diri. Apa benda pergi naik gunung ketika isteri baru melahirkan anak kecil.

“Nak berkahwin pun kena ada akal, bijak dan ‘common sense’,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra pada 7 Mei lalu.

Sumber: Threads kopi and kids

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Must Watch Video

Advertisement