Skip to main content

Selebriti

Imranul Effendy Kagumi Kekuatan & Ketabahan Norreen, Perjelas Salah Faham Netizen - “Saya Sebenarnya Bukan Adik Betul, Dia Jaga Kami…”

Imranul Effendy Norreen Iman

Sekilas

  • Imranul Effendy jelaskan dia bukan adik kandung pelakon Norreen Iman, sebaliknya mereka rapat sejak awal Imranul berhijrah ke Kuala Lumpur.
  • Norreen banyak membantu Imranul dan adiknya dengan menyediakan tempat tinggal dan sokongan sepanjang mereka mula berjinak dalam dunia konten.
  • Imranul kagum dengan ketabahan dan usaha keras Norreen dalam industri hiburan, menjadikannya sumber inspirasi dan benchmark dalam kerjaya.

Personaliti media sosial, Imranul Effendy akhirnya menjelaskan kekeliruan ramai mengenai statusnya kekeluargaannya bersama pelakon, Norreen Iman.

Imran mendedahkan perkara itu menerusi satu temu bual dalam podcast My Audio Plus iaitu Bukak Mulut baru-baru ini, selepas timbul pelbagai andaian dalam kalangan netizen yang menyangka mereka mempunyai hubungan adik-beradik kandung.

Menurut Imran, tanggapan tersebut sebenarnya tidak tepat, sebaliknya hubungan mereka terjalin secara tidak langsung sejak awal penghijrahannya ke Kuala Lumpur.

“Saya sebenarnya bukan adik betul Norreen, ceritanya, bila saya datang Kuala Lumpur dengan adik, saya tiada siapa-siapa pada ketika itu.

“Saya dan adik pergi ke TikTok event, ketika itu orang yang pertama tegur adalah Kak Norreen, dari situlah kami kenal dia.

“Kak Norreen yang jaga kami, selepas event itu dia bawa kami makan, memang dia jaga kami betul-betul,” jelasnya.

Dalam pada itu, Imran juga turut berkongsi, sepanjang tempoh awal di Kuala Lumpur, Norreen banyak membantu mereka termasuk menyediakan tempat tinggal setiap kali dia berulang-alik dari Johor Bahru.

“Semasa tinggal di Johor Bahru bersama adik, saya sering ulang alik ke Kuala Lumpur dan tidur di rumah Kak Norreen, dialah yang jaga.

“Dari situlah kami buat konten sama-sama. Semua orang ingat saya adik dia, begitulah ceritanya,” ujarnya.

Mengulas mengenai Norreen, Imran berkata dia amat mengagumi ketabahan serta usaha keras wanita yang dianggap seperti kakak itu membina nama dalam industri, sekali gus menjadikannya sebagai sumber inspirasi.

“Dia seorang wanita yang sangat kuat dan bekerja keras, dengan peluang yang ada ini saya nak ucapkan terima kasih kepada Kak Norreen sebab tolong saya dengan Izlan (adik) selama kami berada di KL.

“Dari kami Zero sampai sekarang Kak Norreen selalu beri sokongan pada kami. Terima kasih juga kepada abang Razzi iaitu suami Kak Norreen.

“Kak Norreen tabah, kuat dan kreatif sebab saya tengok dia mula buat konten sejak jual insurans dahulu sampailah sekarang.

“Jadi bayangkanlah kepayahannya nak sampai daripada zero kepada one hundred. Nak jadi artis susah, saya respek dia. Dia adalah benchmark saya,”ujarnya.

Sumber: Instagram @myaudiopluss

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Must-Watch Video

Advertisement