Seorang individu menarik perhatian netizen selepas membuat satu kenyataan mengenai personaliti media sosial, Jason.
Menerusi hantaran di platform Threads, individu tersebut mendakwa Jason telah dibayar oleh Cik Epal selepas membuat ulasan mengenai pizza keluarannya.
“Jason GOT PAID bye cik epal 🤣🤣🤣,” tulisnya. 
Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan reaksi pelbagai daripada netizen.
Ramai yang tampil mempertahankan Jason, terutama apabila dakwaan tersebut seolah-olah menggambarkan seakan-akan berlaku unsur tidak beretika.


Terdahulu, personaliti media sosial, Jason menyorot perhatian netizen selepas membuat ‘review’ pizza keluaran usahawan, Cik Epal iaitu Pizza Mendonia.
Dalam video yang dikongsikan di TikTok, Jason memberikan rating 8.7 sekali gus menunjukkan dia benar-benar berpuas hati dengan hasilnya.