Skip to main content

Hiburan

Individu Dakwa Khairul Aming ‘Bayar’ Orang Untuk Review Positif Rembayong - “Ini Semua Ulasan Palsu…”

Khairul Aming

Meskipun belum dilancarkan secara rasmi, restoran Rembayong milik pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming, sudah mula menerima perhatian ramai.

Hasil tinjauan di Google Review juga mendapati restoran tersebut telah menerima beberapa ulasan positif, malah kebanyakannya memberikan penilaian lima bintang meskipun premis itu masih belum dibuka kepada umum.

Namun begitu, terdapat seorang individu yang mendakwa bahawa semua ulasan tersebut adalah palsu dan ditulis oleh individu yang dibayar.

“Ini semua ulasan palsu. Pemilik membayar seseorang untuk membuat laman Google mereka dan mereka meletakkan semua review palsu. 

“Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap review palsu yang boleh menipu orang ramai,” tulis individu tersebut di platform X. 

Kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang rasa kurang senang netizen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah. 

Malah ada yang berharap individu tersebut dikenakan tindakan kerana cuba memburukkan reputasi Khairul Aming.


Must-Watch Video

Advertisement