Sekilas
- Seorang wargamaya di Threads berkongsi harapan untuk bertemu jodoh dengan wanita yang pandai menggosok baju.
- Perkongsian tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian ramai termasuk Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
- Komen Siti Nurhaliza yang menyatakan "Datuk K pun boleh gosok sendiri tau!!" meraih lebih 76,000 tanda suka dan 2,100 ulang siar.
Perkongsian seorang wargamaya mengenai jodoh di Threads telah menyorot perhatian.
Menerusi perkongsian yang dibuat, individu berkenaan memaklumkan dia berharap agar dipertemukan jodoh dengan wanita yang pandai menggosok baju. Individu berkenaan turut memuat naik foto dirinya bergambar dihadapan cermin sambil memakai baju yang kurang kemas. “Semoga ditemukan jodoh yang pandai gosok baju,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya tular dan bukan sahaja meraih perhatian ramai malah turut mendapat respon Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Datuk K pun boleh gosok sendiri tau!!,” komen Siti.
Komen Siti itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan kenyataan tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, komen Siti itu telah meraih lebih 76,000 tanda suka dan lebih 2,100 ulang siar (repost).
Sumber: Threads