Skip to main content

Hiburan

Individu Kagum Dengan Sikap Kerja Keras Rahim Sepahtu - “Siang Malam Kerja, Sehari Tidur 3 Ke 4 Jam Saja”

Individu Kagum Dengan Sikap Kerja Keras Rahim Sepahtu - “Siang Malam Kerja, Sehari Tidur 3 Ke 4 Jam Saja”

Sekilas

  • Rahim Sepahtu mendapat pujian kerana komitmennya bekerja keras sebagai pelawak, penyampai radio, dan pengusaha kedai sendiri demi keluarga.
  • Beliau sanggup melakukan kerja-kerja kedai sendiri tanpa mengharapkan bantuan staf untuk memastikan kualiti makanan terjaga.
  • Rahim hanya tidur tiga hingga empat jam sehari demi memastikan kelangsungan hidup dan keselesaan keluarganya.
Advertisement

Pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu mendapat pujian daripada seorang individu yang menyifatkannya sebagai seorang suami yang cukup kuat bekerja demi mencari rezeki buat keluarganya.

Menerusi hantaran Threads, individu berkenaan berkongsi mengenai kesungguhan Rahim dalam menguruskan perniagaannya sendiri selain komitmennya sebagai penyampai radio.

Advertisement

Malah, individu tersebut turut mendedahkan Rahim sanggup melakukan sendiri kerja-kerja di kedai tanpa mengharapkan bantuan pekerja bagi memastikan kualiti makanan yang dijualnya sentiasa terjaga.

“Habis niaga terus pergi ambil daging kambing, lepastu basuh sendiri taknak bagi staf cuci. Kari kambing pula isteri yang masak sebab taknak lari tune, suami isteri dua-dua kerja keras gila,” kongsinya.

Malah, individu berkenaan turut berkongsi bahawa Rahim hanya tidur beberapa jam sehari demi memastikan kelangsungan hidupnya dan keluarga.

Advertisement

“Respect weh Abang Rahim dan isteri dia sebab kuat semangat. Siang malam kerja, pagi dah sediakan barang untuk berniaga kedai kemudian sambung kerja di radio. Habis di radio, terus ke kedai pula.

“Tidur sehari tiga hingga empat jam saja, inilah dia salah seorang orang yang korbankan tidur semata mata nak bagi keselesaan dekat keluarga.

“Respect weh dekat Abang Rahim,” kongsinya lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement