Skip to main content

Hiburan

Individu Kongsi Dapat Buku Teks Ada Nama Daiyan Trisha, Tuan Badan Respons - “Saya Sahkan Informasi Ini…”

Individu Kongsi Dapat Buku Teks Ada Nama Daiyan Trisha, Tuan Badan Respons - “Saya Sahkan Informasi Ini…”

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads berkongsi nama Daiyan Trisha dalam senarai peminjam buku teks tingkatan lima yang menarik perhatian ramai.
  • Daiyan mengesahkan maklumat tersebut dan berkongsi kelas serta sekolahnya ketika itu iaitu 5 Inisiatif, JESS Bandar Baru Bangi.
  • Daiyan turut meluahkan keterujaannya mengetahui buku teks yang pernah digunakannya kini berada dalam tangan pelajar lain.
Advertisement

Perkongsian seorang individu mengenai nama penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang tertera dalam senarai peminjam sebuah buku teks tingkatan lima menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan berkongsi senarai nama peminjam terdahulu pada buku tersebut, termasuk nama Daiyan.

“Cuba ‘like’ kalau korang teruja dapat buku senior yang terkenal di sekolah,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudian mendapat respons daripada Daiyan sendiri yang mengesahkan maklumat tersebut, selain menyatakan kelas serta sekolahnya ketika itu.

“5 Inisiatif. JESS Bandar Baru Bangi. Saya sahkan informasi ini sahih,” balasnya.

Dalam hantaran berasingan, Daiyan turut meluahkan keterujaan mengetahui buku teks yang pernah digunakannya ketika zaman persekolahan berada dalam tangan pengguna lain.

“Saya pula yang rasa teruja korang guna buku teks saya dahulu masa sekolah. Gila, masa saya tingkatan lima.

“Perkara random yang menyeronokkan,” kongsinya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

NIKO Magic Water Book Painting

NIKO Magic Water Book Painting

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

Berdua (Masih) Lebih Baik

Berdua (Masih) Lebih Baik

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Must Watch Video

Advertisement