Skip to main content

Hiburan

Individu Kongsi Insiden ‘Tak Best’ Dengan Pelakon Lelaki - “Ada Artis Tak Puas Hati Sebab Tak Ada Orang Kenal Dia”

Pelakon lelaki

Sekilas

  • Seorang individu berkongsi pengalaman kurang menyenangkan dengan pelakon lelaki yang didakwa tidak beradab ketika acara Keretapi Sarong 2026.
  • Pelakon tersebut dikatakan memarahi netizen kerana tidak dikenali dan menunjukkan sikap kurang sopan seperti menuding jari dan memekik.
  • Individu itu memilih untuk tidak mendedahkan identiti pelakon berkenaan walaupun ramai saksi menyaksikan kejadian tersebut.
Advertisement

Hantaran seorang individu yang berkongsi insiden kurang menyenangkan dengan seorang pelakon lelaki ketika menyertai acara Keretapi Sarong 2026 baru-baru ini meraih perhatian. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan mendakwa pelakon tersebut tidak berpuas hati selepas menyedari dirinya tidak dikenali.

 

“Ada artis ke siapa tah tak puas hati sebab tak ada orang kenal dia. Duk menengking netizen ni, tak ada adab. Kita ni datang have fun keretapi sarong.

 

“Datang kau tak ada adab tunjuk-tunjuk jari telunjuk kau depan muka orang. Entahlah, sepatutnya kau tunjuk contoh yang baik, bukan sarcastic. 

 

“Kau ingat dulu semua orang mampu tengok TV ke nak kenal kau? Aku rasa, aku jumpa ramai artis lain, semua siap perkenalkan diri elok-elok. 

 

“Kita siap MINTA MAAF sebab tak kenal dia, eh dia lagi memekik,” kongsi individu itu. 

 

Menurut individu itu lagi, dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti pelakon berkenaan kerana mendakwa terdapat ramai saksi yang menyaksikan kejadian tersebut.

 

“Aku tak spill nama dia, tapi memang ramai saksi. Yang kau tengking tu suami aku, suami aku yang tengah bercakap dengan aku. Dan tiba-tiba kau sound depan muka dia macam tu.

 

“Cuba you tanya diri you balik, siapa yang tak ada adab. Sepatutnya sebagai orang yang ‘terkenal’, you tunjuk contoh yang baik, perkenalkan diri kalau orang tak kenal kau. 

 

“Bukan kau suruh orang tu terus tegur kau. Orang gila saja tegur stranger tanya ‘how are you bro’ sambil shake hand,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, individu berkenaan menganggap situasi bertanya kepada rakan mengenai identiti seseorang sebagai perkara biasa. 

 

“Aku hormat event tu, sebab tengah have fun. I think it is normal orang tanya member sebelah ‘siapa dia?’ Dah orang tak kenal beb, aku rasa orang lelaki la orang paling straight forward. 

 

“Tak kenal cakap tak kenal, kalau kenal, cakap kenal. Salah ke my husband tanya aku dan kawan aku ‘kau siapa?’. Dia tak tanya kau tau kau tu siapa,” luahnya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement