Sekilas
- Bella Astillah dipuji kerana sikap rendah diri dan sederhana ketika berada di set penggambaran.
- Seorang individu dari bahagian produksi berkongsi bahawa Bella tidak cerewet dan hanya makan makanan katering yang disediakan tanpa meminta makanan mahal.
- Perkongsian ini mendapat perhatian ramai dan memuji keperibadian Bella yang mudah mesra dan tidak sombong.
Sikap yang rendah diri dan sentiasa bersederhana ketika berada di set penggambaran telah membuatkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meraih pujian ramai di media sosial.
Pujian itu diraih Bella selepas seorang individu berkongsi pengalaman rakannya yang bekerja dalam bahagian produksi bersama isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman itu.
Menurut individu tersebut, Bella merupakan seorang selebriti yang sangat merendah diri berbanding segelintir selebriti yang lebih untuk memesan kopi serta makanan mahal setiap kali tiba waktu makan.
“Bella Astillah artis yang merendah diri.
Kawan saya kerja produksi, dia pernah shoot dengan Bella and beberapa artis lain.
“Artis lain bila nak makan, kena order kopi dan makanan mahal,” kongsinya.
Tambah individu itu, Bella disifatkan sebagai seorang selebriti yang tidak cerewet apabila hanya menikmati makanan katering yang telah disediakan oleh pihak produksi.
“Tapi Bella makan saja makanan catering yang set sediakan.
“Pakai tangan, pinggan kertas, duduk bersila pun tiada hal,” tambahnya lagi.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji sikap dan keperibadian Bella.
Sumber: Threads