Skip to main content

Hiburan

Individu Kongsi Sisi Tak Diketahui Ramai Tentang Cik Man - “Arwah Ahli Masjid, Suka Sedekah Anak Yatim”

Kamarool Haji Yusoff

Sekilas

  • Pelakon veteran Kamarool Haji Yusoff atau Cik Man dikenang sebagai insan yang sangat ringan tulang membantu masyarakat dan aktif dalam aktiviti masjid kampungnya.
  • Allahyarham terkenal dengan sifat pemurah, sering bersedekah kepada anak yatim dan berkongsi rezeki dengan rakan pelakon di lokasi penggambaran.
  • Cik Man meninggal dunia pada Rabu di Hospital Tanah Merah, Kelantan akibat masalah saluran jantung tersumbat selepas dirawat di ICU.
Advertisement

Pemergian pelakon veteran terkenal, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man bukan sahaja meninggalkan kesan kepada dunia seni, malah turut dirasai orang sekeliling yang mengenali keperibadiannya.

Terbaharu, seorang individu menyorot perhatian apabila berkongsi sisi Cik Man yang tidak diketahui ramai.

Advertisement

Menerusi ciapan yang dibuat di Threads, individu berkenan mendedahkan bahawa Allahyarham merupakan antara ahli masjid yang sangat ringan tulang dalam membantu masyarakat.

“Ramai yang tak tahu. Cik Man ahli masjid kampung dia. Arwah jenis bergegas kalau ada orang meninggal dunia.

“Dia akan tanya ahli keluarga jika perlukan duit dan sebagainya,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, individu tersebut turut berkongsi sifat pemurah Allahyarham yang suka bersedekah kepada anak-anak yatim serta tidak lokek berkongsi rezeki dengan pelakon lain di lokasi penggambaran.

“Arwah juga suka sedekah kepada anak yatim. Masa di set penggambaran, arwah jenis suka belanja anak-anak pelakon makan dan minum.

“Sentiasa bercakap tentang kematian dan lain-lain,” kongsinya lagi.

Pada Rabu, dunia seni dikejutkan dengan pemergian pelakon yang terkenal menerusi filem Rock Oo, iaitu Allahyarham Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 petang di Hospital Tanah Merah, Kelantan ketika sedang menerima rawatan.

Sebelum itu, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami masalah saluran jantung tersumbat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement