Skip to main content

Hiburan

Individu Label Tuan Rumah Guna Peralatan Pakai Buang Sebagai Pemalas, Fedtri Yahya Beri Teguran - “Datang Sebagai Tetamu Buatlah Cara Tetamu”

Fedtri Yahya

Sekilas

  • Fedtri Yahya menegur seorang individu yang mengkritik tuan rumah menggunakan pinggan pakai buang ketika berhari raya.
  • Individu tersebut melabel tuan rumah sebagai pemalas dan enggan makan jika disajikan dengan peralatan pakai buang.
  • Fedtri menasihatkan agar tetamu menghormati tuan rumah dan membawa sikap positif semasa berkunjung.

Pengacara, Fedtri Yahya tampil memberi teguran terhadap hantaran dibuat seorang individu mengenai pendapatnya tentang tuan rumah ketika berhari raya.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik oleh warganet, individu tersebut melabel tuan rumah yang menggunakan peralatan seperti pinggan, mangkuk serta sudu dan garfu pakai buang sebagai pemalas.

“Jenis pemalas memang akan guna cawan pinggan pakai buang. Aku kalau pergi beraya dapat macam ini, memang aku tak makan. Ingat aku kucing ke? Kucing pun makan atas pinggan kaca,” luahnya.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat respon daripada Fedtri yang tampil memberikan teguran terhadap individu berkenaan.

“Datang sebagai tetamu, buatlah cara tetamu. Jangan diturut api emosi. Bawalah mahabbah bukan musibah.

“Diundang itu tanda ingatan, jangan dibawa biasan syaitan. Ziarah tercipta sekali-sekala. Jangan yang tinggal serpihan bala,” pesan Fedtri.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

Haidilao Hot Pot Sauce/Steamboat Mala/Broth/Tomato/Shrimp/Mushroom

Haidilao Hot Pot Sauce/Steamboat Mala/Broth/Tomato/Shrimp/Mushroom

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

Must Watch Video

Advertisement