Skip to main content

Hiburan

Individu Luah Rasa Bimbang Emosi Isteri Terganggu Lepas Bersalin Czer, Shila Amzah Titip Kata Semangat - “This Shall Pass…”

ASTROGEMPAK Shila

Sekilas

  • Seorang suami berkongsi kebimbangan tentang emosi isterinya yang tidak stabil selepas bersalin secara pembedahan sehingga mengeluarkan kata-kata negatif terhadap bayi mereka.
  • Penyanyi Shila Amzah mengesyaki isteri tersebut mengalami ‘baby blues’ atau kemurungan selepas bersalin dan berkongsi pengalamannya sendiri melalui pembedahan caesarean.
  • Shila menekankan pentingnya sokongan suami sepanjang fasa postpartum dan mengingatkan bahawa keadaan ini akan berlalu dengan masa.
Advertisement

Hantaran seorang individu yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan emosi isterinya tidak stabil selepas melahirkan anak secara pembedahan sehingga mengeluarkan perkataan tidak baik terhadap bayi mereka. 

 

Advertisement

Perkongsian di Threads itu mendapat perhatian penyanyi Shila Amzah yang berkata kemungkinan isteri individu tersebut mengalami ‘baby blues’ dan kemurungan selepas bersalin. 

 

Menurut Shila, dia memahami keadaan isteri individu tersebut memandangkan dirinya juga melalui pembedahan untuk melahirkan anak namun bersyukur suaminya, Ubai banyak membantunya sepanjang fasa ‘postpartum’. 

Advertisement

 

“Baby blues and postpartum depression could be the case. Ubai menyaksikan perubahan saya tapi nasib baik dia banyak membaca sebelum ini dan ambil alih. 

 

“Saya pun czer juga, badan ibu-ibu czer ni sangat-sangat fragile. Saya pernah tanya suami ‘berurusan dengan saya dan bayi semasa dan selepas bersalin, bagaimana keadaannya?’. 

 

“Dia berkata ‘dia melihat dengan jelas bagaimana doktor menidurkan saya (dibawah bius am), memotong perut saya, 7 lapisan terbuka, tiada apa yang boleh mengatasinya, sabar adalah kuncinya’. Ini akan berlalu Tuan,” kongsinya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Must Watch Video

Advertisement