Skip to main content

Hiburan

Individu Pertikai Kekayaan Intan Najuwa & Suami, Netizen Tampil Backup - “Dia Memang Kaya”

Intan Najuwa

Sekilas

  • Seorang individu mempersoal kekayaan pelakon Datin Intan Najuwa dan suaminya selepas Intan menjual barangan preloved mewah miliknya di Instagram.
  • Individu tersebut tertanya-tanya sumber kekayaan Intan dan suaminya yang membolehkan mereka membeli barangan berharga ribuan ringgit.
  • Seorang pengguna mempertahankan Intan dengan menjelaskan dia berasal dari keluarga kaya, mempunyai bisnes sendiri, dan sering menandatangani kontrak dengan jenama mewah.

Seorang individu tampil mempersoal kekayaan yang dimiliki pelakon, Datin Intan Najuwa dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Menerusi ciapan dibuat di aplikasi Threads, individu tersebut tertanya-tanya dari mana datangnya kekayaan Intan dan suaminya untuk membeli barangan berharga ribuan ringgit.

“Pelik, sebagai pelakon Intan ini tak adalah banyak sangat muka dia di kaca televisyen.

“Suami dia pula bisnes apa sampai boleh membazir macam ni?,” kongsinya.

Pertanyaan itu mula timbul selepas Intan menyuarakan hasrat untuk menjual barangan ‘preloved’ mewah miliknya dengan harga yang lebih murah.

Hantaran individu itu kemudiannya menuai reaksi pelbagai termasuklah komen seorang pengguna ini yang tampil mempertahankan Intan.

Ujar wanita itu, tiada sebarang perkara yang pelik jika Intan mahu berbelanja mewah memandangkan pelakon drama Jodohku Babysitter tersebut berasal dari keluarga yang berada.

“Tak pelik pun sebab dia memang dari keluarga yang kaya. Selain berlakon, dia ada bisnes sendiri juga.

“Dia pun banyak sign contract dengan jenama mewah. Kalau dia nak berhabis beribu sekalipun, dia berbelanja untuk anak dia,” perjelasnya.

Terdahulu, Intan membuka satu akaun khas di Instagram untuk menjual barang peribadi mewah miliknya sebelum berpindah rumah.

Difahamkan, koleksi preloved yang dijual merangkumi perfume, alat solek, pakaian, kasut tumit tinggi, penjagaan badan dan pelbagai aksesori jenama mewah miliknya. 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement