Sekilas
- Eyka Farhana berkongsi pengalaman terkejut melihat persembahan dron istimewa oleh Datuk Fazley Yaakob semasa makan malam bersama Datuk Seri Vida.
- Datuk Fazley melamar Datuk Seri Vida di 11.11 Mega Stock Live Concert dengan cincin khas bernilai RM7,000 yang direka menyerupai tiara.
- Lamaran tersebut mengesahkan hubungan mereka dan cincin itu melambangkan keistimewaan DSV di mata Fazley.
Pelakon, Eyka Farhana berkongsi momen menyaksikan persembahan dron istimewa daripada cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob terhadap usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV).
Menerusi satu hantaran di Threads, Eyka mengakui terkejut melihat persembahan dron sewaktu menikmati makan malam.
Malah, isteri kepada pemain bola sepak, Akhyar Rashid itu secara berseloroh menyangka lamaran berkenaan dilakukan oleh suaminya sekali lagi.
"Saya saksi juga semalam.
"Terkejut kita tengah dinner nampak macam ni, ingat Akhyar nak melamar lagi sekali," tulisnya.
Terdahulu, Cef Selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mencuri tumpuan selepas melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di 11.11 Mega Stock Live Concert.
Momen istimewa itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.
Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran DSV memakai mahkota atau crown.
Rekaan itu merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus untuk DSV, sekali gus menjadikannya simbolik kepada keistimewaan wanita tersebut di mata Fazley.
Sumber: Threads