Trailer penuh filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw bersama Infinitus Gold Sdn. Bhd., berjudul Malam Terlarang, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata teruja menantikan tayangannya pada 30 Oktober ini.
Rata-rata pengguna media sosial memuji kualiti sinematografi, elemen seram dan pembawaan lakonan yang disifatkan setanding dengan filem antarabangsa.
Advertisement
@astroshawofficial 🔥MALAM TERLARANG OFFICIAL TRAILER🔥 Apa yang bakal terjadi? Akan menghantui anda di pawagam 30 Oktober ini. #MalamTerlarang #DilarangBerseorangan #AstroShaw @zul_ariffin @sofiajane72 @shashaabedul @ailaazizul @normahdamanhuri @hasnulrahmatmustafa @sadiqasque @sharifahhaneesya @amirnafis @infinitusfilmsmy @astroshaw ♬ original sound - Astro Shaw
Antara komen netizen yang menarik perhatian di platform media sosial termasuk;
“Ini trailer paling ‘dark’ tahun ini.
“Rasa macam tengok filem seram Indonesia, tapi ini versi Malaysia. Kualiti dia memang lain daripada biasa.
“Selalunya boleh agak jalan cerita lepas tengok trailer, tapi kali ini lain. Tak sabar tunggu tayangan rasmi.
“The trailer nampak sangat ‘international’. Macam tengok The Conjuring versi Melayu.
“Akhirnya muncul filem seram Melayu yang betul-betul seram. Vibe dia setaraf filem Indonesia,” komen beberapa netizen.
Diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu), Malam Terlarang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Shasha Abedul sebagai Mawar, Zul Ariffin (Omar), Sofea Jane (Sarimah), Sabri Yunus (Mokhtar), Normah Damanhuri (Mak Noni), Haneesya Hanee (Pamakbul) dan Hasnul Rahmat (Haji Wahid).
Sinopsis
Filem ini mengisahkan Mawar, gadis berusia 18 tahun yang menangguhkan impiannya menjadi wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan kakak tirinya, Safar. Namun, kematian mengejut dalam keluarga mereka membawa kepada gangguan makhluk misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di sebalik tragedi tersebut.
Dalam masa sama, bapanya Omar sibuk dengan kempen politik bagi menggulingkan ketua partinya, Haji Wahid. Ketika penyiasatan semakin dalam, Mawar berdepan kejadian paranormal mengerikan yang dipandang remeh oleh ahli keluarganya. Akhirnya, dia dan bapanya perlu berhadapan dengan musuh sebenar bagi membebaskan diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.