Sekilas
- Pelakon dan usahawan Nur Fazura berjanji akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
- Fatima berkongsi kegembiraan kerana dapat membanggakan ibu bapanya melalui persembahan sempena Hari Kebudayaan di sekolahnya.
- Fazura dan Fattah Amin sah bercerai pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak bersama.
Pelakon dan usahawan Nur Fazura menzahirkan kasih sayangnya terhadap anak tunggal, Nur Fatima Aisya dengan berjanji akan sentiasa memberikan yang terbaik buat cahaya matanya itu.
Menerusi perkongsian dalam Instagram Story, Fazura memuat naik sekeping foto dirinya bersama kapsyen yang ditujukan khas kepada Fatima.
“Dan ingatlah sayang, semuanya kerana hanya yang terbaik buatmu.
“Mommy sayang Fatima dunia akhirat,” tulisnya.

Terdahulu, Fatima turut mencuri perhatian apabila berkongsi momen istimewa sempena sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, kanak-kanak berusia enam tahun itu meluahkan rasa gembira kerana dapat membanggakan kedua ibu bapanya, Fazura dan Fattah Amin menerusi persembahan yang dilakukan pada majlis tersebut.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.
Sumber: Instagram Story