Skip to main content

Hiburan

“Ini Baru Asas…” -  Aina Abdul Beri Bayangan Ada Kejutan Busana Di Pentas Eurovision Asia!

“Ini Baru Asas…” -  Aina Abdul Beri Bayangan Ada Kejutan Busana Di Pentas Eurovision Asia!

Sekilas

  • Aina Abdul mencuri perhatian dengan busana rona putih kebiruan menjelang kemunculan di Eurovision Song Contest Asia 2026.
  • Busana yang dipakai bukan penampilan terakhir, dan Aina memberi bayangan akan ada kejutan di pentas antarabangsa itu.
  • Aina akan membawa lagu Bluest Sky mewakili Malaysia di pertandingan yang berlangsung di Bangkok pada 14 November 2026.
Advertisement

Penyanyi, Aina Abdul mencuri perhatian peminat selepas beberapa individu berkongsi foto penampilannya mengenakan busana rona putih kebiruan menjelang kemunculannya di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026.

Menerusi perkongsian wakil media Eurovision, ESC Tom di platform X, Aina memaklumkan bahawa busana yang diperagakannya ketika itu bukanlah penampilan terakhir untuk pertandingan berkenaan.

Advertisement

Malah, wakil kepada penyanyi lagu Bluest Sky itu turut memberi bayangan bahawa terdapat kejutan yang bakal dipersembahkan ketika membuat persembahan di pentas antarabangsa tersebut.

"I just asked Aina if this was her FINAL OUTFIT.

"This is just the base..."  balas Aina Abdul

Advertisement

Aina bakal memperagakan busana hasil rekaan pereka fesyen tempatan, Melinda Looi.

Pada masa sama, turut menjadi bualan netizen juga apabila ada beberapa individu menjangkakan Aina membawa elemen air sebagai tema utama persembahannya.

Sekadar info, berbeza dengan kebanyakan program realiti nyanyian di Malaysia, Eurovision tidak menyimpan segala persiapan pertandingan sebagai rahsia sehingga malam kemuncak.

Sebaliknya, pertandingan berprestij itu turut memberi ruang kepada orang ramai untuk mengikuti perkembangan awal menerusi perkongsian rasmi sebelum malam pertandingan berlangsung.

Antara yang didedahkan termasuklah rekaan pentas, busana peserta, koreografi serta suasana sesi raptai, sekali gus memberi gambaran awal mengenai persiapan setiap wakil negara.

Untuk rekod, Aina bakal membawa nama Malaysia menerusi lagu Bluest Sky di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement