Penyanyi dan bekas penyampai berita, Zehra Zambri meluahkan rasa syukur selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh bekas suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin terhadapnya berkenaan dakwaan terlibat dengan keganasan rumah tangga diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).
Jelas Zehra, keputusan NFA itu membuktikan dengan jelas bahawa laporan berkenaan adalah tidak berasas dan berunsurkan fitnah.
“Saya sentiasa percaya kepada proses undang-undang yang telus dan adil di negara kita. Berdasarkan perkembangan ini, adalah menjadi hak dan keperluan saya untuk mempertahankan nama baik melalui tindakan sivil yang sah.
Dalam pada itu, Zehra juga bertindak memfailkan satu writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap bekas suaminya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkenaan kenyataan-kenyataan fitnah yang dibuat keatas dirinya sebelum ini.
Berikut perkongsian penuh oleh Zehra: 



Terdahulu, Iqwan mendakwa menjadi mangsa penderaan bekas isterinya selama tiga tahun mereka berkahwin.
Iqwan juga mendakwa kejadian dia dipukul berlaku sebelum dan ketika isterinya menyertai program realiti.
Sekadar info, Zehra Zambri telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin melalui talak raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada 20 Ogos 2025.
Keputusan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.
Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.