Skip to main content

Hiburan

“Ini Ke Perosak Rumah Tangga Orang Tu, Jika Ya Yucks! Tak Tahu Malu” - Nina Ismail Sabri

ergrt

Sekilas

  • Nina Ismail Sabri, kakak kepada penyanyi Dafi, berkongsi pandangan tentang isu kecurangan dalam perhubungan di Threads.
  • Beliau mempersoalkan tindakan individu yang sanggup meruntuhkan rumah tangga orang lain tanpa rasa bersalah.
  • Nina turut membalas komen pengguna media sosial yang menandakan akaun isteri usahawan Jofliam dalam perbincangan tersebut.

Perkongsian kakak kepada penyanyi Dafi, Nina Ismail Sabri, mengenai isu kecurangan dalam perhubungan mencuri perhatian ramai. 

Segalanya bermula selepas Nina memuat naik kenyataan di Threads, mempersoalkan tindakan individu yang tanpa rasa bersalah sanggup meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Namun, apa yang menjadi tumpuan ialah apabila ada pengguna media sosial mula mengetag akaun isteri kepada usahawan Jofliam pada status berkenaan.

Lebih mengejutkan, Nina turut sempat membalas komen tersebut. 

“Is this Emirah a home wrecker? If yess then yucksss!!! Tak tahu malu,” tulisnya. 

Terdahulu, menerusi hantaran di Threads, Nina mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang menganggap meruntuhkan rumah tangga orang lain bukan satu kesalahan.

Must-Watch Video

Advertisement