Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof menyorot perhatian warganet selepas berkongsi sebuah hantaran di platform Threads.
Menerusi perkongsian tersebut, Dr. Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie menyatakan mengenai hak terhadap sebuah kediaman.
“Yes! Ini rumah akuuuu!!!!!! Rumah akuuuuuu!! Jangan nak ambik ya,” katanya.
Bagaimanapun, Dr. Fie kemudiannya menjelaskan bahawa emosinya ketika membuat naik hantaran itu dipengaruhi oleh tontonan sebuah filem berjudul La Tahzan.
Menurutnya, perkongsian tersebut tidak membawa maksud lain dan meminta orang ramai agar tidak salah faham.
“Ok semua…. Saya sedang emosi tgk movie #LaTahzan . Jangan salah faham semua!🤭🤭
“Tapi ending dia scary. Lawa2 pun main hantu,” tulisnya. 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan hantaran tersebut kerana memahami emosi yang dirasai oleh Dr.Fie.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.