Skip to main content

Hiburan

Ini Rupanya Sebab Saiful Apek Sentiasa Pakai Cermin Mata Hitam…

Ini Rupanya Sebab Saiful Apek Sentiasa Pakai Cermin Mata Hitam…

Sekilas

  • Saiful Apek sering memakai cermin mata hitam kerana mengalami masalah silau yang teruk akibat cahaya lampu yang kuat semasa bekerja.
  • Pelakon filem Cicakman ini perlu berdepan dengan lampu yang menyilaukan hampir 15 jam sehari ketika penggambaran.
  • Cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet membantu Apek mengawal kesan cahaya lampu yang tidak mesra tersebut.
Advertisement

Pelawak dan pelakon Saiful Apek menjelaskan sebab dirinya sering mengenakan cermin mata hitam setiap kali bekerja mahupun tidak bekerja.

Ujar Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, dia mempunyai masalah silau yang tinggi sehingga menyebabkan dirinya perlu bergantung kepada penggunaan cermin mata hitam tersebut.

Advertisement

“Saya pakai spek ni pun sebab silau. Saya ada masalah silau yang sangat teruk.

“Dulu lampu mana ada macam ni. Lampu zaman dulu tak friendly ditambab pula dengan haba dan panasnya lampu itu,” kongsinya.

Bercerita lanjut, pelakon filem Cicakman ini memaklumkan dia juga berdepan cabaran apabila perlu berdepan dengan cahaya lampu tersebut hampir 15 jam sehari.

Advertisement

“Bayangkan satu hari 15 jam shooting. Ekstrem betul. Close up lain, zoom out lain. Memang tak friendly.

“Bukan malam saja, kalau shooting siang pun tembak (lampu),” tambahnya.

Disebabkan itu, Apek memaklumkan dia perlu memakai cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan ultraviolet.

“Saya kena pakai cermin mata hitam yang ada perlindungan ultraviolet lah. Cermin mata itu membantu saya kawal the unfriendly punya light lah,” ujarnya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement