Skip to main content

Hiburan

Ini Sebab Kenapa Aliff Syukri Tak Boleh Live Selama 5 Tahun

Sekatan tersebut dipercayai berlaku disebabkan anak mereka, Yusoff, muncul dalam siaran langsung berkenaan.

Sekilas

  • Datin Seri Shahida menafikan dakwaan bahawa sekatan siaran langsung akaun TikTok Datuk Seri Aliff Syukri disebabkan penggunaan rakaman pra-rekod.
  • Sekatan itu dipercayai berlaku kerana anak mereka, Yusoff, muncul dalam siaran langsung tanpa pengawasan orang dewasa.
  • Aliff Syukri berkongsi bahawa akaunnya disekat daripada membuat siaran langsung selama lima tahun sehingga 15 Julai 2031.
Advertisement

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan sekatan siaran langsung suaminya itu kerana penggunaan rakaman atau kandungan yang telah direkodkan bagi sesi siaran langsung.

Sebaliknya, menurut Shahida, sekatan tersebut dipercayai berlaku disebabkan anak mereka, Yusoff, muncul dalam siaran langsung berkenaan.

Advertisement

"Kena band bukan sebab recorded awak 😅😅😅 kena sebab Yusoff masuk live," tulisnya ringkas.


Malah, Shahida juga mengesahkan siaran langsung itu disekat kerana anaknya muncul dalam siaran langsung tanpa pengawasan orang dewasa.

Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat menahan sebak selepas mendakwa akaun TikTok miliknya disekat daripada melakukan siaran langsung selama lima tahun.

Menerusi beberapa perkongsian video dalam TikTok, Aliff meluahkan rasa kecewa apabila mendapati butang untuk membuat siaran langsung pada akaunnya sudah tidak lagi boleh digunakan.


Aliff turut berkongsi tangkap layar tetapan akaun TikTok @papalarisofficial yang memaparkan akaunnya hanya dibenarkan membuat sesi siaran langsung semula bermula 15 Julai 2031.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement