Sekilas
- Datuk Adnan Abu Bakar memfailkan permohonan lafaz rujuk bagi mendapatkan pengesahan sah atau tidak lafaz rujuk yang dibuat terhadap bekas isterinya, Adira.
- Beliau menegaskan permohonan itu bukan kerana belum ‘move on’, tetapi untuk memastikan status perkahwinan mereka jelas dari segi hukum.
- Adnan dan Adira berkahwin pada 2015 dan bercerai pada April 2024, serta dikurniakan empat cahaya mata bersama.
Bekas suami penyanyi, Adira iaitu Datuk Adnan Abu Bakar, menegaskan bahawa permohonan lafaz rujuk bukan disebabkan dia masih belum ‘move on’.
Adnan atau lebih mesra disapa sebagai Datuk Red, berkata permohonan itu dilakukan bagi mendapatkan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat terhadap bekas isterinya pada Mei 2024.
“Ini bukan soal ‘move on’, sekarang ini status saya dengan dia masih lagi tergantung. Adakah saya masih suami orang. Jadi saya failkan permohonan lafaz rujuk untuk memastikan lafaz rujuk yang dibuat terhadapnya sah atau tidak.
“Kalau hakim kata lafaz rujuk sebelum ini sah, maksudnya saya masih lagi suami dia. Kalau lafaz itu tak sah, jadi masing-masing boleh bawa hala tuju masing-masing.
“Saya merujuk kes ini ke mahkmah sebab tak nak jadi isu nanti. Andai katalah saya leka, pasal dosa pahala ini saya yang akan tanggung.
“Saya ada banyak dosa, jadi saya tak nak lagi tambah dosa. Kalau saya tak failkan dan tiba-tiba Adir atau saya nak berkahwin lagi, tak ke susah. Ini bukan pasal tak ‘move on’ tapi berkaitan hukum,” katanya kepada Gempak.
Datuk Red ditemui selepas prosiding lafaz rujuk yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pagi tadi.
Sementara itu, Adnan bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab utamanya yang baru memfailkan lafaz rujuk selepas setahun berpisah.
“Itu kena tunggu 16 Februari kerana saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan.
“Kita tunggu saja perbicaraan yang akan dilakukan secara tertutup nanti,” katanya.
Untuk rekod, Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3.