Skip to main content

Berita Tempatan

"Ini Untuk Apa Yang Saya Capai Selama Ini" - Bella Astillah Terima AFFIN INVIKTA Top 50 Women Of Excellence Awards

bella_affin

Sekilas

  • Bella Astillah dinobatkan sebagai salah seorang penerima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards atas kecekalan dan kesabarannya meneruskan kerjaya seni sebagai ibu tunggal.
  • Pelakon dan penyanyi berusia 31 tahun itu mengakui terkejut dan tidak menyangka menerima anugerah berprestij tersebut yang mengiktiraf pencapaian wanita cemerlang dari pelbagai sektor.
  • Anugerah ini dianjurkan oleh Top 50 Media Synergy dengan kerjasama AFFIN INVIKTA dan Kementerian Belia dan Sukan, turut mengiktiraf tokoh terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Tan Sri Michelle Yeoh.

Pelakon dan penyanyi cantik Bella Astillah percaya kecekalan dan kesabarannya dalam meneruskan kerjaya seninya walaupun bergelar ibu tunggal dan sering berdepan pelbagai cabaran membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai salah seorang penerima AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards pada Rabu.

Jelas Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dia juga tidak menduga menjadi penerima anugerah berkenaan.

"Saya sangat berbesar hati menerima anugerah ini. Saya benar-benar tidak menduga. Mereka kata ini adalah untuk apa yang saya sudah capai selama ini,” katanya kepada Gempak.

Tambah ibu kepada dua anak itu lagi, pada mulanya tidak percaya dengan penganugerahan tersebut dan menganggapnya sebagai satu penipuan.

"Saya lihat ada nama-nama besar dan semuanya hebat-hebat. Saya semak e-mel banyak kali dan tanya label saya Universal Music Malaysia, betul atau tidak.

"Sebagai seorang wanita, kita mesti nak beri yang terbaik, terutama apabila mewakili ibu tunggal di luar sana. Lakukan yang terbaik dan berserah, kesabaran itu insya-Allah akan membawa kebahagiaan

"Mama seorang wanita yang kuat, rajin dan baik hati. Anugerah ini untuk mu mama," katanya yang turut mengakui masih banyak ruang untuk beliau membaiki diri di masa depan.

AFFIN INVIKTA Top 50 Women of Excellence Awards dianjurkan Top 50 Media Synergy Sdn Bhd dengan kerjasama strategik AFFIN INVIKTA serta sokongan Kementerian Belia dan Sukan.

Program nasional berprestij itu mengiktiraf 50 wanita cemerlang daripada pelbagai sektor termasuk kewangan, sains, keusahawanan, pendidikan, perkhidmatan awam dan seni, bagi menghargai individu berimpak tinggi yang menyumbang kepada kemajuan negara serta mengangkat reputasi Malaysia di persada global.

Penerima lain termasuk Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat; pelakon dan pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh; ikon seni legenda Datuk Sheila Majid serta atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong.

Must-Watch Video

Advertisement