Skip to main content

Hiburan

“Ini Video Makan Terakhir Saya” - Rhys William

Rhys William

Sekilas

  • Rhys William mengumumkan persaraannya daripada dunia konten makanan selepas 10 tahun berkarya melalui video terakhir di TikTok.
  • Sepanjang kariernya, Rhys berpeluang menjelajah seluruh Malaysia dan luar negara serta bekerjasama dengan pelbagai jenama tempatan.
  • Walaupun berdepan cabaran, Rhys kini fokus kepada perniagaan sendiri dan berterima kasih kepada semua penyokongnya sepanjang perjalanan tersebut.
Advertisement

Selepas sedekad, pempengaruh media sosial iaitu Rhys William menyorot perhatian apabila mengucapkan selamat tinggal dan mengumumkan persaraannya daripada dunia menghasilkan konten makanan.

Menerusi video perkongsian di TikTok, Rhys mengumumkan video yang dimuat naiknya itu video terakhirnya sekali gus menandakan berakhirnya perjalanan pencipta kandungan.

Advertisement

“Ini video makan terakhir saya. It’s farewell and goodbye from me. Selepas 10 tahun saya buat video makan, inilah pengakhirannya.

“Satu dekad buat konten mengenai makanan, begitu cepat berlalu. Bermula dengan blogging dan stream Facebook Live yang ringkas, lepas itu beralih ke YouTube dengan video lebih panjang dan lebih berkualiti.

Selepas itu bertukar pula ke video pendek di Facebook, Instagram dan TikTok. Dan akhirnya ke kaca TV dengan siri TV saya sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalamannya sepanjang bergelar pencipta kandungan makanan,, Rhys meluahkan rasa beruntung kerana bukan sahana berpeluang menjelajah ke seluruh negara malah turut berpeluang bekerjasama dengan pelbagai jenama tempatan selain mengembara ke luar negara.

“Saya bersyukur sangat dapat peluang untuk merasai pelbagai makanan Malaysia. Dari negeri utara ke negeri selatan. Dari barat ke timur. Dari kampung dengan makanan-makanan tradisi, sehingga ke makanan dan tempat mewah ala istana.

“Saya juga berterima kasih kerana dapat peluang berkolaborasi dengan banyak jenama dan perbadanan tempatan. Memang rezeki betul dapat meneroka seelok-elok Malaysia untuk misi mencari makanan. Bukan Malaysia sahaja, tapi sampai ke luar negara dalam misi buat video makan-makan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Rhys menyifatkan peluang berjumpa dengan orang ramai, mengenali pelbagai budaya serta dapat membantu orang lain merupakan antara detik paling bermakna dalam kariernya.

Bagaimanapun, dia mengakui perjalanan tersebut bukanlah sentiasa indah apabila turut berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran.

“Titik terendah apabila perli menghadapi cabaran yang luar jangkaan. Daripada mencuba menganjurkan kelab buat pencinta makan yang kemudiannha tutup lepas tiga bulan, launch merchandise sendiri, sehinggalah kepada mencipta produk sendiri yang masih banyak stok belum terjual.

“Apa-apa pun, semua memang satu perjalanan once in a lifetime yang sangat seronok,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Rhys menjelaskan dia tidak meninggalkan dunia digital sepenuhnya, sebaliknya mahu memberi fokus kepada perniagaan miliknya yang kini semakin berkembang.

“Ini bukan pengakhiran terakhir saya, tapi satu permulaan yang baru.

“Saya sangat berterima kasih dekat korang semua yang support saya selama ni. Daripada orang yang follow sejak video pertama sehingga yang baru follow hari ini. Tanpa korang semua yang support, siapalah saya.

“Saya memang sangat-sangat appreciate korang semua. Apa-apa pun, saya makan dulu ya?” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak sambil mendoakan agar segala urusan Rhys dalam dunia media dipermudah.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement