Skip to main content

Hiburan

Innuendo Masih Bertiga, Sam Tidak Keluar Kumpulan

Astro Gempak 572

Sekilas

  • Anggota Innuendo, Sam, tidak dapat hadir sidang media konsert Soul City – An R&B Night kerana menetap di Sarawak, namun kumpulan masih kekal dengan tiga anggota.
  • Pot dan Taj dari Innuendo sudah bersedia untuk konsert pada 10 Julai di Unifi Arena, Bukit Jalil tanpa mencari pengganti sementara bagi Sam.
  • Konsert ini akan menghimpunkan nama besar R&B tempatan seperti Innuendo, Ruffedge, The Fabulous Cats dan Lah Ahmad untuk menghidupkan semula era kegemilangan muzik R&B di Malaysia.
Advertisement

Ketiadaan anggota kumpulan R&B popular, Innuendo iaitu Sam pada sidang media konsert Soul City – An R&B Night menimbulkan tanda tanya.

Menjelaskan perkara tersebut, anggota Innuendo, Pot menegaskan kumpulan yang popular menerusi lagu Belaian Jiwa itu masih kekal dengan tiga anggota dan Sam tidak pernah meninggalkan kumpulan berkenaan.

Advertisement

“Innuendo masih kekal bertiga, cuma Sam berada di Sarawak dan tidak dapat sertai kami hari ini.

“Kami berdua memahami kekangan yang dihadapinya memandangkan dia kini menetap di Kuching, Sarawak bersama keluarganya,” katanya.

Pot atau nama sebenarnya Saiful Amir Abd. Wahab berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pengumuman konsert Soul City – An R&B Night yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Innuendo hanya diwakili Pot bersama seorang lagi anggota, Taj atau Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir.


Mengulas mengenai kemungkinan Sam menyertai konsert berkenaan yang bakal berlangsung pada 10 Julai depan di Unifi Arena, Bukit Jalil, Pot tidak menolak sebarang kemungkinan.

“Kita tengok nanti macam mana. Apa pun kemungkinan, saya dan Taj sudah bersedia untuk tampil di Unifi Arena, Bukit Jalil,” ujarnya.

Sementara itu, Taj menjelaskan pihaknya tidak merasakan keperluan untuk mencari penyanyi lain sebagai pengganti sementara Sam.

“Sebenarnya kami bersetuju menerima tawaran menyertai konsert ini kerana ada barisan pejuang R&B lain yang sudah kami anggap seperti saudara sendiri.

“Kami juga sudah lama berkawan dan sebelum ini pun banyak kali berkongsi pentas bersama.

“Jadi untuk konsert ini, kehadiran artis-artis lain sudah cukup memeriahkan suasana. Konsep persembahan bagaimana, kita tunggu sahaja pada malam itu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Pot berharap gabungan nama-nama besar genre R&B tempatan menerusi Soul City – An R&B Nightmampu mengembalikan semula kegemilangan muzik tersebut dalam kalangan pendengar.

“Sebenarnya kami masih aktif dalam arena muzik, cuma mungkin tiada produk baharu menyebabkan ramai menyangka Innuendo menyepi.

“Pastinya konsert mega ini mampu mencetuskan momentum baharu kepada genre yang mempunyai tempat tersendiri di hati pendengar untuk terus menjadi pilihan ramai,” katanya.

Konsert anjuran Menara Network Sdn. Bhd. itu bakal menghimpunkan Innuendo, Ruffedge, The Fabulous Cats dan Lah Ahmad dalam satu malam penuh nostalgia yang meraikan era kegemilangan R&B tempatan sekitar penghujung 1990-an dan awal 2000-an.

Dalam perkembangan sama, Taj memaklumkan setiap kumpulan dijangka mempersembahkan antara enam hingga lapan buah lagu berdasarkan tempoh masa yang diberikan sepanjang konsert tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement